Kira-kira 10 tahun lepas, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim mula menyertai misi kemanusiaan dalam dan luar negara termasuk ke Jepun dan New Zealand, bagi membantu penduduk terjejas ekoran gempa bumi dan bencana alam.
Dari situ, minatnya untuk membantu orang yang memerlukan semakin meningkat dan berkembang sehinggakan aktiviti tersebut sebati dengan dirinya.
Baru berumur 47 tahun, namun pelbagai pengalaman telah dikutip calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan.
Antara lain, beliau pernah terlibat dalam aktiviti membanteras penagihan dadah di kawasan Petaling, menyelamatkan mangsa banjir di Pantai Timur, membawa pulang pelajar Malaysia sewaktu Ops Pyramid dan misi kemanusiaan untuk masyarakat Rohingya di Myanmar.
"Saya sudah lalui keluh-kesah perit jerih di akar umbi, hingga karenah birokrasi di peringkat atasan, sewaktu terlibat dalam misi kemanusiaan. Namun ia tidak mematahkan semangat untuk berjuang bagi membantu mereka yang memerlukan.
"Kerana itu, saya melibatkan diri dalam arena politik kerana percaya peluang dan ruang lebih luas dapat digunakan bagi menyalurkan perkhidmatan tidak berbelah bahagi dan bermusim.
"Saya percaya, sudah sampai masanya segala pengalaman yang telah dikutip sewaktu misi kemanusiaan itu diterjemahkan dan disampaikan pula ke penduduk sekitar Petaling Jaya dan kawasan berdekatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Paling penting katanya, apa sahaja isu masyarakat adalah terperinci dan memerlukan respons serta penyelesaian segera.
Antaranya, jelasnya, masalah denggi, gejala dadah, kurangnya kemudahan sukan dan perlunya diwujudkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) seperti yang telah ada di tempat lain.
"Saya percaya, jika isu dan perkara ini diselesaikan, masyarakat sekitar akan dapat hidup lebih senang dan selesa berbanding sekarang.
"Saya lihat pentingnya masalah rakyat di bawah diselesaikan terlebih dahulu dengan cara diplomasi dan bukannya emosi, kerana ia boleh menyebabkan berlakunya persengketaan dan perpecahan di kalangan komuniti setempat dan masyarakat," katanya.
Mengulas lanjut, Mutalif berkata politik adalah arena untuk mempersembahkan pakej perkhidmatan yang lebih relevan dan berguna untuk masyarakat, dan bukan medan mengutuk serta menjatuhkan orang lain.
Beliau percaya, dengan pertandingan sihat, pengundi akan lebih terbuka dan bertamadun untuk memilih siapa wakil rakyat yang benar-benar memperjuangkan dan menyelesaikan nasib mereka.
DUN Taman Medan di bawah Parlimen Petaling Jaya menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Abdul Mutalif, Ariffin Mahayuddin (Pas) dan Syamsul Firdaus Mohamed Supri (PKR).
Penyandang DUN Taman Medan ialah Haniza Mohamed Talha dari PKR yang memegang kerusi itu sejak PRU12 pada 2008.
Astro Awani
Mon Apr 30 2018

MUTALIF: Birokrasi tidak mematahkan semangat untuk berjuang bagi membantu mereka yang memerlukan. - Gambar fail

Bolehkah bezakan antara realiti dan deepfake?
Peningkatan kes tipu melibatkan pemalsuan suara, wajah dan identiti digital semakin membimbangkan dengan taktik jenayah siber yang semakin canggih.
AWANI Ringkas: Hasil lawatan PM ke Bahrain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Terpedaya 'phone scam', pesara rugi lebih RM100,000
Akibat takut dan panik, mangsa pindahkan RM45,000 daripada akaun Tabung Haji ke akaun baharu itu selain membuat pinjaman peribadi RM50,000.
AWANI Ringkas 20 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 20 Februari 2025
1️⃣ Penerbangan terus KL-Manama dirancang
2️⃣ Isu TVET, KWSP dan projek tebatan banjir
3️⃣ Kurang bekalan air bersih
#awaniringkas
1️⃣ Penerbangan terus KL-Manama dirancang
2️⃣ Isu TVET, KWSP dan projek tebatan banjir
3️⃣ Kurang bekalan air bersih
#awaniringkas

Cerita cinta Ameera Khan - Jefri Nichol: Neelofa mengaku sudah tegur adiknya, mohon orang ramai henti kecaman
"Saya tidak boleh berkongsi dengan orang luar apa yang saya lakukan, cuma sebagai kakak, saya sudah melakukan bahagian saya."
The Economy with Ibrahim Sani: Consumer sentiment during politics and business uncertainties
Join Global CEO of Ipsos, Ben Page, as he delves into the intricacies of consumer sentiment amidst political and business uncertainties. Discover how global events shape consumer behavior and the implications for businesses worldwide.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal
AFC tiada halangan memandangkan Stadium Sultan Ibrahim sudah mendapat kelulusan sebagai venue rasmi bagi saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACL Elite) musim ini.
Akaun Fleksibel KWSP: Kemudahan atau perangkap kewangan?
Lebih 4 juta ahli KWSP di bawah 55 tahun mengeluarkan simpanan mereka. Adakah ini tanda keperluan mendesak atau kegagalan pengurusan kewangan? Dekan Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri bincangkan punca, kesan jangka panjang, dan peranan KWSP dalam meningkatkan kesedaran rakyat mengenai simpanan hari tua.
AWANI Pagi: garisan baharu kaunseling depani cabaran semasa
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama tiga pakar, Prof Dr. Othman Mohamed, Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia & Pengerusi WCC 2025; Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Md Ninggal, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan) Open University Malaysia dan Prof Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM & Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia membincangkan mengenai cabaran-cabaran serta permasalahan yang didepani kaunselor dan kaunseling dalam era semasa sempena Persidangan Kaunseling Sedunia (WCC 2025).

Lokman Adam antara empat didakwa serang penuntut UM
Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah mengasari beberapa penuntut Universiti Malaya di perhentian bas di Pantai Baharu minggu lalu.

Pengundi perlu tolak calon tangkap muat - Abdul Mutalif
Pengundi perlu lebih bijak dalam memilih wakil rakyat yang benar-benar mewakili mereka dan bukannya sekadar calon tangkap muat yang mempunyai agenda peribadi demi kepentingan sendiri.

Misi kemanusiaan platform Mutalif bantu rakyat dengan cara tersendiri
Dari situ, minatnya untuk membantu orang yang memerlukan semakin meningkat dan berkembang sehinggakan aktiviti tersebut sebati dengan dirinya.
KP1M gerakkan misi bantuan ke Pantai Timur
Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M) telah menggerakkan pasukan pertama sukarelawan untuk menyalurkan keperluan asas kepada mangsa banjir di negeri Pantai Timur.