KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Rabu, mengambil keputusan untuk memecat seorang ahli MKT, iaitu Isham Jalil daripada parti itu serta-merta.
Keputusan itu dimaklumkan oleh salah seorang ahli MKT yang turut menghadiri mesyuarat itu, di Menara Dato' Onn, malam ini.
Beliau bagaimanamun enggan namanya didedahkan kepada umum.
“Dia (Isham) dipecat,” katanya ringkas kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang berakhir sekitar jam 10 malam tadi.
Bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada Isham dipecat daripada UMNO atau ahli MKT.
Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan pengesahan Isham juga gagal apabila panggilan telefon tidak berbalas.
Mengulas lanjut, sumber itu berkenaan berkata, keputusan itu dibuat setelah parti mendapati Isham melakukan pelbagai kesalahan terhadap UMNO.
“Kesalahan dia banyak, dia suruh presiden dipecat dan letakkan jawatan. Dia kata UMNO, dia tak ikut keputusan parti, dia ajak presiden berdebat secara terbuka.
“Dan ini, saya rasa (mesyuarat) yang keempat dia tidak hadirkan diri,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tradisi dan peraturan parti yang diamalkan sejak 1946 adalah meletakkan kedudukan parti lebih tinggi daripada individu.
"Semua keputusan dasar parti ditentukan secara syura dan kolektif bukan individu. Dasar dan Hala-tuju parti hanya boleh diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi dan Perhimpunan Agong UMNO bukan individu atau mana-mana kepimpinan tertinggi termasuk Presiden.
"Pandangan berbeza dirai dalam mesyuarat, namun mesti menjunjung tinggi prinsip 'decorum' adab 'bersetuju untuk tidak bersetuju'. Memelihara 'sumpah atas nama Allah' menyimpan kerahsiaan mesyuarat," katanya di Facebook beliau malam ini.
Sinar Harian melaporkan Isham mengesahkan beliau kekal dengan pendiriannya untuk memprotes dan tidak menghadiri mesyuarat parti itu, termasuk yang diadakan malam Rabu walaupun dicabar Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk hadir.
Isham menegaskan, beliau akan terus melakukan protes itu selagi Ahmad Zahid meneruskan kerjasama dengan DAP.
Ahmad Zahid sebelum itu mencabar Isham untuk menyuarakan bantahannya terhadap kerjasama dengan DAP pada mesyuarat MKT UMNO malam ini.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, Isham perlu menyuarakan rasa tidak puas hatinya termasuk kononnya ada segelintir pemimpin UMNO menjadi barua DAP yang menjadi punca parti itu ditolak oleh orang Melayu susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Sabtu lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 06 2023

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Rabu, mengambil keputusan untuk memecat seorang ahli MKT, iaitu Isham Jalil daripada parti itu serta-merta.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

'Saya belum dapat surat' - Isham Jalil komen dakwaan dipecat
Isham berkata setakat ini beliau hanya dikhabarkan "telah sah dipecat".

MKT UMNO pecat Isham Jalil
Keputusan pemecatan itu dibuat setelah parti mendapati Isham melakukan pelbagai kesalahan terhadap UMNO.