MELAKA: Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mengesahkan hasratnya untuk menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan parti Mac depan.
Mohamad Ali yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata, keputusan itu dibuat memandangkan ketika ini di peringkat pusat telah melalui banyak perkara di mana segelintir pemimpin UMNO juga tidak menghormati institusi presiden.
Beliau juga berhasrat untuk membantu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan menerusi komposisi MKT.
"Saya mahu memastikan UMNO terus kukuh dan dapat diterima semula sebagai parti besar dan kuat di negara ini.
"Ramai rakan di seluruh negara meminta saya menawarkan diri dan saya sahut cabaran itu kerana prinsip, kelantangan dan saya pemimpin yang tidak mudah dibeli serta diperkotak-katikkan," katanya ketika ditemui di Dataran Baitul Tariq Klebang, di sini pada malam Rabu.
Mohamad Ali yang akan mempertahankan jawatan ketua UMNO bahagian itu bersedia dan mengalu-alukan sekiranya terdapat calon lain yang ingin merebut jawatan berkenaan kerana parti itu mengamalkan sikap demokrasi dan sesiapa sahaja boleh bertanding.
"Saya percaya setiap individu yang bertanding mempunyai kelebihan masing-masing dan mahu bertanding secara sihat.
"Sebagai ketua UMNO bahagian, saya tidak mahu kedengaran perkara tidak baik, atau mengugut ketua-ketua cawangan kerana kita adalah keluarga besar UMNO Bahagian Tangga Batu," katanya.
Sabtu lalu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin mengumumkan beliau akan merebut jawatan ketua UMNO bahagian itu pada pemilihan parti kali ini. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 16 2023

Mohamad Ali (tengah) ketika sidang akhbar di Dataran Baitul Tariq Klebang, pada malam Rabu. -Foto Sinar Harian

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Mohamad Ali umum tanding MKT
Keputusan itu dibuat memandangkan ketika ini di peringkat pusat telah melalui banyak perkara di mana segelintir pemimpin UMNO juga tidak menghormati institusi presiden.

Dakwaan Sulaiman dipaksa tandatangan surat letak jawatan Ketua Menteri Melaka tidak berasas
Sulaiman akan terus memegang jawatan sebagai Ketua Menteri sehingga tamat penggal seperti mana yang dipersetujui sebelum ini.

PRN Melaka: Calon BN fail petisyen mohon batal keputusan DUN Sungai Udang
Mohamad Ali yang tewas dalam PRN Melaka, memfailkan petisyen bagi membatalkan kemenangan Dr Mohd Aleef Yusof daripada PN yang memenangi kerusi itu.

PRN Melaka: UMNO Tangga Batu ambil tindakan singkir pengkhianat, pembelot
UMNO Bahagian Tangga Batu mendakwa wujud unsur sabotaj di kalangan ahlinya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu.

PRN Melaka: Cikgu Ali yakin BN menang kali ini
Ia bersandarkan keadaan di mana mereka bakal berdepan tentangan yang hampir serupa dengan keadaan pada PRU14 tiga tahun lalu.

PRN Melaka: Guna perkataan 'lahabau', UMNO gesa tolak kempen biadap
Mohamad Ali berkata, cara berkempen itu memperlekehkan sikap rakyat Melaka yang asalnya terkenal dengan budi bahasa dan adab yang tinggi.

Lama dalam politik, Mohamad Ali pertama kali bertanding dalam pilihan raya
Walaupun sudah lebih 36 tahun terjun ke kancah politik, namun Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, buat pertama kalinya menjadi calon dan akan bertanding.

PRN Melaka: Tindakan Pas guna logo PN tak jejas hubungan dengan UMNO
Tindakan PAS menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini tidak menjejaskan hubungan parti itu dengan UMNO di bawah Muafakat Nasional (M

PRN Melaka: Enam Bahagian UMNO tolak kerjasama dengan Bersatu - Mohamad Ali
Enam Ketua Bahagian UMNO di Melaka membuat pendirian menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Cikgu Ali berpanas baiki sekolah dilanda ribut
Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad sanggup berpanas membaiki bumbung sekolah yang rosak dilanda ribut.