KUALA TERENGGANU: Bekas Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Terengganu pada penggal ke-15 hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong secara rasmi mengangkat sumpah jawatan itu di depan Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Zulkifly Isa di Wisma Darul Iman.
Mohd Nor, 51, sebelum ini memegang jawatan sebagai Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan pada 2018 berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyah dari Universiti Al-Azhar.
Dalam pada itu, ADUN Seberang Takir, Khazan Che Mat dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN negeri pada penggal kali ini.
Khazan, 54, yang merupakan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Nerus mencipta kejutan apabila menewaskan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dengan majoriti 2, 797 undi.
Pada majlis itu, seramai 32 wakil rakyat yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu bagi penggal ke-15.
Majlis angkat sumpah ADUN Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman itu diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar diikuti barisan Exco dan ADUN lain-lain yang dilakukan di hadapan Mohd Nor.
Pada 22 Julai lepas, Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih 32 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu.
Perkembangan itu pastinya membuka lembaran baharu dalam politik di Terengganu apabila fungsi pembangkang sebagai semak dan imbang kepada kerajaan tidak berlaku dalam tempoh penggal ini
Bagaimanapun, Ahmad Samsuri berkata, Terengganu akan mewujudkan ahli backbencher (penyokong) berperanan menegur setiap kepincangan serta bertindak sebagai semak dan imbang dalam pentadbiran negeri susulan tiada wakil Barisan Nasional (BN) dipilih sebagai ADUN dalam PRN. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 24 2023

Mohd Nor, 51, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyah dari Universiti Al-Azhar. - Gambar/ Sinar Harian

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sesi persekolahan 2025/2026 di Kedah, Terengganu, Kelantan bermula hari ini
Sesi persekolahan 2025/2026 di semua sekolah di Kedah, Terengganu dan Kelantan bermula seperti dijadualkan hari ini.

Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.

Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis
Keinginan untuk cepat kaya dikenal pasti menjadi pendorong kepada peningkatan bilangan mangsa jenayah komersial terutamanya membabitkan pelaburan tidak wujud di Terengganu.

Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak
Polis menahan seorang bomoh lelaki selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan di daerah Kemaman pada 31 Januari lepas.

Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.

Bomba Terengganu pantau 21 lokasi hakisan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menjalankan rondaan di 21 lokasi pantai tumpuan ramai yang kini diancam bahaya akibat hakisan.

Ubur-ubur api terdampar di Terengganu bukan dari perairan tempatan
Ubur-ubur api atau Portuguese Man of War yang terdampar di Terengganu mempunyai sengatan berbisa dan boleh mendatangkan kesan kecederaan teruk serta berbahaya.

Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.

Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih, satu PPS Baharu dibuka di Johor
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kian berkurangan.

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga esok
Beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.