PASIR MAS: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan DAP supaya jangan sesekali mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat terutama mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).
Annuar yang merupakan Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU itu berkata, sehingga kini 80 peratus perkara dalam MoU berkenaan telah dan sedang dilaksanakan.
"Terdapat beberapa perkara sahaja lagi seperti cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dan undang-undang berkaitan Anti Lompat Parti yang belum dilaksanakan, selebihnya dalam proses pelaksanaan dan berjalan dengan baik.
"Oleh itu, saya nasihatkan kepada DAP supaya tidak mengeluarkan kenyataan boleh mengelirukan rakyat seolah-seolah tidak ada persefahaman antara kerajaan dan parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan sumbangan banjir kepada 150 penduduk Kampung Serongga dekat Repek di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Annuar berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan sesekali tunduk dengan segala ugutan daripada mana-mana parti politik mengenai perkara yang boleh mengelirukan rakyat.
"Sebagai contoh semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (kini Pengerusi DAP Kebangsaan) kata nak tamatkan MoU antara kerajaan dan PH jika Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung Anti Lompat Parti tidak diluluskan di Parlimen.
"Ingin saya jelaskan, persefahaman ini berdasarkan komitmen dan keikhlasan tapi kalau DAP cuba mengugut, saya ingin tegaskan kerajaan tidak akan tunduk dengan mana-mana ugutan," katanya.
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, banyak perkara perlu dilihat mengenai RUU berkaitan Anti Lompat Parti itu seperti perlembagaan, takrifan lompat parti dan persetujuan daripada semua parti politik.
"Dalam laporan terbaharu daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan beliau telah membuat rundingan awal dengan beberapa parti politik, malah ada yang meminta supaya mengambil masa sedikit untuk melakukan perbincangan dengan ahlinya berhubung perkara tersebut jadi bagi saya tidak timbul soal lulus atau tidak," katanya.
Semalam, media melaporkan DAP akan mendapatkan kepastian daripada kerajaan berhubung tarikh muktamad pembentangan RUU berkaitan Anti Lompat Parti di Parlimen.
Guan Eng berkata, parti itu akan mendapatkan kepastian daripada Ismail Sabri berhubung perkara itu, jika tidak, MoU antara kerajaan dan pembangkang daripada gabungan PH akan terbatal secara automatik.
Sebelum ini, Wan Junaidi dilaporkan berkata, rang undang-undang bagi Anti Lompat Parti itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat hanya selepas pandangan serta input semua pihak terlibat diperoleh dan semua sesi libat urus tamat.
MoU ditandatangani pada September lepas oleh Ismail Sabri dan pemimpin-pemimpin parti dalam gabungan PH sepakat bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan sebelum 31 Julai ini. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (kiri) menyerahkan kotak makanan kepada mangsa banjir di Kampung Serungga Repek, Rantau Panjang hari ini. - Gambar BERNAMA

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

MoU kerajaan - pembangkang: DAP jangan kelirukan rakyat, pesan Annuar
Kerajaan tidak akan tunduk dengan segala ugutan daripada mana-mana parti politik mengenai perkara yang boleh mengelirukan, tegas Annuar.