IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya lebih ramai ahli Parlimen pembangkang akan menyokong Kerajaan Perpaduan kerana hilang keyakinan terhadap parti mereka apabila perubahan kerajaan yang dijanjikan tidak berlaku.
Anwar berkata mereka hanya dijanjikan dengan janji-janji palsu dengan pelbagai langkah "tebuk atap" yang nyata tidak menjadi kenyataan dan memainkan persepsi negatif termasuk isu-isu perkauman.
"Mereka diberikan harapan, walaupun saya katakan atap ini bukan atap rumbia tetapi atap konkrit, mereka berpindah dari Dubai ke London dan mereka lupa atap konkrit jauh lebih tebal.
"Dan apabila terhakis harapan, orang-orang, ahli Parlimen yang dijanjikan perubahan akan berlaku ini, seorang demi seorang akan meninggalkan parti mereka," katanya dalam ucapan perasmian penutup di Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi BN Perak, Pengerusi Pakatan Harapan Perak Datuk Seri Mujahid Yusof dan Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming.
Anwar yang juga Pengerusi PH berkata kestabilan Kerajaan Perpaduan termasuk gabungan dari Sabah dan Sarawak adalah kukuh dan pihak yang sentiasa cuba menggugatnya perlu menerima kenyataan gabungan itu akan kekal sehingga ke akhir penggal.
"Yang di-Pertuan Agong pada malam tadi juga menasihatkan agar pimpinan politik memelihara perpaduan dan kepimpinan perlu menumpukan untuk memacu pertumbuhan dan biar bicara soal merancang setelah lima tahun (akhir penggal).
"Saya yakin juga Tuanku Sultan Johor yang akan menjadi Agong akan mempertahan pendirian yang sama," kata Presiden PKR itu.
Anwar dalam masa sama berkata Kerajaan Perpaduan perlu menumpu usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara kerana mereka masih mempunyai empat tahun untuk membuktikan kejayaan mereka.
Katanya Kerajaan Perpaduan akan terus mempertahankan prinsip sedia ada termasuk menjaga hak majoriti Melayu dan Bumiputera.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024
Anwar berkata ahli Parlimen pembangkang hanya dijanjikan dengan janji-janji palsu dengan pelbagai langkah "tebuk atap" yang nyata tidak menjadi kenyataan dan memainkan persepsi negatif termasuk isu-isu perkauman. - Foto Sinar Harian
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Polis Selangor terima 31 laporan libatkan RM2.1 juta kerugian
Polis setakat ini menerima 31 laporan membabitkan kerugian RM2.1 juta berhubung penipuan umrah di negeri itu.
Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.
Masyarakat antarabangsa perlu hormati gencatan senjata di Gaza - PM Anwar
Masyarakat antarabangsa mesti memastikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel dihormati.
PM Anwar buat kemunculan semula di LSE, selepas 15 tahun
Selepas kali terakhir membuat kemunculan pada 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke London School of Economics bagi menyampaikan syarahan umum.
Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.
PM Anwar adakan pertemuan dengan CEO GLIC, kapten industri UK
Pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam melibatkan 30 syarikat tempatan di United Kingdom dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
PM Anwar bertemu 15 kapten industri UK, tarik pelaburan ke Malaysia
Sesi yang berlangsung selama kira-kira 45 minit itu melibatkan pelbagai sektor antaranya pelaburan, pakar pasaran baru muncul, pengurusan aset, dan kewangan.
Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.