SEREMBAN: Keputusan sama ada UMNO dan Pas akan mengadakan rundingan termasuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.
Timbalan Presiden UMNO itu berkata baik buruk rundingan atau pertemuan antara kedua-dua parti tersebut akan dibincangkan sekiranya perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat MT UMNO.
"UMNO bukan saya, UMNO adalah parti, jadi parti kena buat keputusan, apa sahaja pandangan saya tidak penting, pandangan parti itu penting. Ia diputuskan dalam satu musyawarah dan badan tertinggi iaitu Majlis Tertinggi," katanya kepada pemberita pada Program Merdeka@Komuniti DUN Paroi 2022 di Dataran Senawang di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa Pas menganggap semua pihak bernaung di bawah gagasan Penyatuan Ummah termasuk UMNO sebagai rakan ta'awun (rakan kerjasama) dalam membina negara baik serta diredai tuhan dan perkara itu diputuskan Jawatankuasa Kerja Pas yang bermesyuarat pada Ahad lepas.
Bagaimanapun, Mohamad mengulangi pendirian bahawa Barisan Nasional (BN) setakat ini memutuskan untuk menghadapi PRU15 secara bersendirian.
Sementara itu, beliau berkata BN ketika ini masih belum menyentuh aspek calon dan kerusi bagi menghadapi PRU15.
"Belum lagi lihat soal itu, (calon dan kerusi) sebab mahu lihat boleh menang, kesiapsiagaan itu faktor utama menang kalah untuk hadapi pilihan raya. Tidak guna kita cakap soal calon... kalau jentera tiada, tidak guna juga, kesiapsiagaan jentera amat penting," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022

Mohamad berkata baik buruk rundingan atau pertemuan antara kedua-dua parti tersebut akan dibincangkan sekiranya perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat MT UMNO. - Fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau bersepadu.

ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.

ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.

Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"

Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.

Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.

Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza
Menteri-menteri Luar ASEAN pada Ahad menyambut baik rancangan gencatan senjata terkini serta perjanjian pembebasan tawanan di Gaza.

ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad
ASEAN menggesa Myanmar memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan itu dan mematuhi Konsensus Lima Perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.