KUALA LUMPUR: Parti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dilihat menjadi pesaing utama Perikatan Nasional dalam isu berkaitan reformasi termasuk kes mahkamah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA).
Penganalisis politik, Prof Wong Chin Huat berpendapat, tugas berat menanti Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membuktikan keupayaan menarik sokongan memandangkan MUDA merupakan parti alternatif untuk rakyat yang tidak berpuas hati terhadap kes DNAA.
"Itu sebenarnya bukan perkara buruk kepada PH kerana setidaknya ini bermaksud, segala yang tidak menyokong Kerajaan Madani atas isu DNAA ini, satu-satu pilihan mereka adalah PN.
"Tetapi dengan MUDA ia bermaksud PN terpaksa juga beranjak ke tengah. Kalau tidak, MUDA akan mengambil bahagian pasaran terutama pengundi Melayu yang tidak percaya dengan PH atau UMNO tetapi juga tidak semestinya bersetuju dengan PN," katanya dalam program Pantau Agenda Reformasi pada Isnin.
Dalam pada itu, Chin Huat juga melihat penyertaan MUDA sebagai kuasa ketiga mempunyai kesan positif tetapi persaingan antara parti politik perlu berlangsung secara profesional.
Ini termasuk mengingatkan semua ahli politik daripada parti berbeza untuk menghormati antara satu sama dan menggunakan bahasa yang baik.
Dalam masa sama, Chin Huat berharap parti MUDA sebagai kuasa ketiga dapat membawa perbincangan ke arah reformasi institusi dengan lebih mendalam termasuk isu pilihan raya Kerajaan tempatan.
"Apa yang berlaku sebenarnya kalau kita ada Pilihan Raya Kerajaan Tempatan, parti parti termasuk parti rakan dalam Kerajaan Madani ini mereka dapat bersaing secara sihat untuk mendapatkan perwakilan, ini sebenarnya akan meremajakan semua parti sedia ada dan menguntungkan parti kecil untuk mendapat perwakilan," katanya.
Semalam, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan partinya keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan menyertai blok pembangkang sebagai kuasa ketiga.
Syed Saddiq berkata, keputusan itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengurniakan DNAA kepada Ahmad Zahid dan menggugurkan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram dana Yayasan Akal Budi pada 4 September lalu.
Faida Rahim
Mon Sep 11 2023
Chin Huat juga melihat penyertaan MUDA sebagai kuasa ketiga mempunyai kesan positif tetapi persaingan antara parti politik perlu berlangsung secara profesional.- researchgate
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
MUDA jadi pesaing PN perjuang isu berkaitan reformasi - Penganalisis
Parti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dilihat menjadi pesaing utama Perikatan Nasional dalam isu berkaitan reformasi termasuk kes DNAA.
PRN: Ayahanda Cikton tersungkur di Pandan Indah
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia (ACT) itu tewas kepada penyandang kerusi tersebut, Izham Hashim daripada Pakatan Harapan (PH).
"Terlalu banyak jasa Allahyarham Salahuddin" - Syed Saddiq
Syed Saddiq tidak akan lupa keprihatinan dan keikhlasan Allahyarham Salahuddin hulur bantuan tanpa diminta.
Mutalib digugur sebagai Pengerusi MUDA Perak, keahlian digantung
Keputusan itu dibuat ekoran tindakan Mutalib yang mengumumkan bertanding di Parlimen Tapah dalam PRU15 lalu.
Pemuda UMNO Muar nafi terlibat insiden provokasi ceramah Muda
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Muar menafikan pihaknya terlibat dalam sebarang insiden kekecohan dan provokasi di ceramah anjuran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) di Muar pada Ahad.
Keputusan MUDA sertai PH diumum dalam masa terdekat
Walau enggan mengulas lebih lanjut, beliau menyifatkan perkembangan perbincangan antara pimpinan PH berhubung perkara itu sebagai sesuatu yang baik.
PH tubuh jawatankuasa runding dengan MUDA
Rundingan itu sebagai langkah penglibatan dengan MUDA selain menjelaskan parameter yang harus dimaklumkan kepada parti yang berhasrat untuk menyertai PH.
Muda lancar inisiatif 'Malaysia Maju'
Muda memaklumkan akan menggerakan 80,000 ahli di seluruh negara bermula 24 Julai untuk bertemu seramai mungkin rakyat Malaysia.
MUDA nafi tolak pencalonan Maszlee di DUN Layang Layang
Muda dalam satu kenyataan pada malam Selasa memaklumkan, kenyataan itu adalah palsu dan dibuat mereka yang tidak bertanggungjawab.
PRN Johor: Muda akan putuskan isu kerjasama, pencalonan - Syed Saddiq
Kepimpinan pusat Muda akan mengadakan mesyuarat malam ini dan keputusannya akan diumumkan dalam masa terdekat.