KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan esok?
Walaupun ini masih menjadi tanda tanya pemerhati politik negara, namun, laporan portal Malaysiakini memetik Ahli Majlis Pimpinan Bersatu, Datuk Seri Redzuan Yusof sebagai berkata 'peletakan jawatan Muhyiddin akan diumumkan pada Isnin'.
"Esok akan ada mesyuarat khas kabinet sebelum Muhyiddin menghadap Agong untuk mempersembahkan surat peletakan jawatan," Redzuan dipetik berkata, dalam laporan bertajuk, "Redzuan sahkan Muhyiddin persembah surat peletakan jawatan esok" yang disiar pada Ahad.
Pemerhatian Astro AWANI di ibu pejabat Bersatu hari ini mendapati pemimpin-pemimpin kanan parti berkenaan telah selesai mengadakan pertemuan apabila dilihat beberapa dari kalangan mereka meninggalkan ibu pejabat Perikatan Nasional (PN) sekitar jam 11.30 pagi tadi.
Redzuan ketika ditemui Astro AWANI berkata, PN buat masa ini, akur dengan ketentuan Perlembagaan.
BACA: Apa akan berlaku jika PM Muhyiddin hilang majoriti?
BACA: Tujuh cadangan kerajaan: Ia tidak merujuk pembentukan kerajaan baharu - Saifuddin
Ahli Parlimen Alor Gajah itu turut memberikan isyarat tentang kemungkinan berlakunya satu pengumuman penting oleh Muhyiddin esok.
BACA: 'Kingmaker' kerajaan baharu akan bergantung kepada konfigurasi politik semasa - Penganalisis
"Kita akur kepada Perlembagaan. Sekiranya menarik sokongan atas dasar peribadi tanpa mengira kepentingan rakyat, maka kita kena uruskanlah secara terbaik," katanya ringkas ketika ditemui di sini, pada Ahad.
"Jadi, terpulanglah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan perkara ini terus diterajui oleh kepimpinan yang boleh memberi keperihatinan dan kesejahteraan pada rakyat," katanya.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Aug 15 2021

Redzuan turut memberi isyarat tentang kemungkinan berlakunya satu pengumuman penting oleh Muhyiddin esok. - Gambar fail
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.

PN, FMM bincang cara pertingkat daya saing, cipta faedah ekonomi mampan
Perbincangan bagi membantu komuniti perniagaan mewujudkan persekitaran perniagaan yang proaktif dan menjamin dasar mesra perniagaan.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.

Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.

Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.

Kami mahu tahu betul atau tidak wujud Titah Adendum - Hamzah
Beliau dan rakan dalam PN berbuat demikian selepas dimaklumkan bahawa memang wujud Titah Adendum berkaitan kes bekas Presiden UMNO terbabit.

SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.

SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.