Anggota Pas diingatkan untuk berhati-hati dengan 'muslihat' Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perwakilan Pas Johor, Nazari Mokhtar berkata ini kerana 'hasrat sebenar' Dr Mahathir sukar dibaca dan beliau bimbang tindak tanduk bekas perdana menteri itu hanya membantu menyelamatkan kerajaan sedia ada.
"Oleh itu, tindakan kita untuk tidak bersama PPBM adalah satu tindakan yang tepat.
"Ini adalah masanya untuk kita meraih undi Melayu. Kalau kita tidak berhati-hati, Pas akan kehilangan sokongan dari pengundi Melayu," kata Nazari sewaktu membahaskan ucapan dasar Presiden Pas ketika hari kedua Muktamar Pas Pusat hari ini.
Nazari turut menyelar Dr Mahathir dan menyifatkan pemimpin PPBM itu sebagai 'Mr U-Turn' kerana mengubah pendirian berhubung kerjasama dengan Pas.
Semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak berhasrat untuk memulakan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam sidang medianya, Abdul Hadi berkata PPBM dilihat tiada arah dan tidak mempunyai wawasan kepimpinan yang jelas.
MEMPERKASAKAN DHPP
Sementara itu seorang lagi perwakilan Pas menggesa pimpinan parti untuk memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) dalam usaha menterjemahkan 'Sejahtera Bersama Islam' kepada rakyat umum.
Perwakilan Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata DHPP ialah komponen penting dalam menunjukkan Pas sebagai parti yang sesuai untuk mentadbir negara.
"Setiap kawasan wajar mengukuhkan DHPP masing-masing.
"Saya berharap kita dapat menarik lebih ramai lagi ahli DHPP daripada kaum Tionghua," kata beliau ketika membahaskan ucapan dasar Presiden.
Pendapat tersebut dikongsi perwakilan dari Melaka, Abdul Halim Mydin yang turut mencadangkan ahli DHPP diletakkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum nanti.
"Ini penting dalam usaha Pas untuk memenangi lebih banyak kerusi dalam PRU nanti," kata Abdul Halim.
Muktamar Pas Pusat masuk hari kedua dan dijadualkan berakhir esok.
Hafiz Marzukhi
Sun Apr 30 2017
![Muktamar Pas: Berhati-hati dengan Tun Mahathir - Perwakilan Muktamar Pas: Berhati-hati dengan Tun Mahathir - Perwakilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51479815431_TunMMahathirMoha.jpg)
Perwakilan Pas Johor berkata 'hasrat sebenar' Dr Mahathir (gambar) sukar dibaca. - Gambar fail
![MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739364988_Masis.jpg)
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738402607_TBAHMADZAHID.jpg)
Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.
![Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738644957_tbZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.
!['Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis 'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738634009_tbPenganalisispolit.jpg)
'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.
![BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734261074_AhmadZahidHamidi.jpg)
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734189443_ZahidHamidi.jpg)
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
![BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733572908_ZahidHamidi.jpg)
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
![50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid 50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733572840_ZahidHamidi.jpg)
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
![Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733565434_DrAkmal.jpg)
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
![Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732769023_TBzahidhamidi.jpg)
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.