Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin pada jam 11.06 malam ini sekali gus menandakan penggal keempat Musa mengetuai kerajaan negeri sejak pelantikan pada 2003 mengikut sistem penggiliran.
Terdahulu, Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sibuga berjaya mempertahankan jawatan itu selepas Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengumumkan untuk bergabung bersama BN dalam sidang media khas, hari ini.
BACA: Apa yang berlaku di Sabah suatu yang malang - Tun Mahathir
Untuk rekod, BN Sabah hanya menang 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan persaingan sengit bersama Parti Warisan Sabah (Warisan) 21 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semalam.
Walaubagaimanapun, jumlah keseluruhan kerusi BN bertambah kepada 31 apabila Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengumumkan bahawa beliau bersama Robert Tawik@Nordin memilih untuk bergabung membentuk kerajaan bersama BN.
BACA: Parti STAR 'bantu' BN Sabah bentuk kerajaan
BACA: TERKINI! Musa Aman angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah malam ini
