KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menggugurkan salah seorang pengasasnya, Mutalib Uthman sebagai Pengerusi Negeri Perak dan keanggotaannya dalam parti digantung selama tiga tahun.
Keputusan itu dibuat ekoran tindakan Mutalib yang mengumumkan bertanding di Parlimen Tapah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Setiausaha Agung MUDA, Amir Abd Hadi berkata, tindakan Mutalib itu melanggar perlembagaan parti yang menetapkan supaya anggotanya menghormati keputusan dan memelihara nama baik serta maruah parti.
Amir bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Mutalib yang telah bersama parti itu sejak hari pertama.
“Untuk itu, MUDA mengucapkan ribuan terima kasih. Sebarang keputusan rayuan kepada keputusan JKEP (Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) ini, akan diputuskan usai rayuan diterima,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Media melaporkan ketika Mutalib mengumumkan bertanding di Tapah, MUDA masih berunding dengan Pakatan Harapan (PH) mengenai kerusi yang bakal diserahkan kepada parti itu.
Kerusi Tapah akhirnya diserahkan kepada PH dan Mutalib dihantar bertanding di kerusi parlimen Masjid Tanah di Melaka.
Amir turut memberitahu, JKEP juga menerima surat peletakan jawatan Pengerusi MUDA Pahang, Malani Manimaharan dan Pengerusi MUDA Pulau Pinang, Jazz Tan atas sebab isu komitmen dan kesihatan.
"Justeru itu terdapat keperluan segera melantik pemangku bagi jawatan berkenaan dan pemangku Pengerusi MUDA Perak adalah Devadas Silvaraju manakala pemangku Pengerusi MUDA Pulau Pinang Tineshvar Boontinathan sementara di Pahang akan dimaklumkan dalam masa terdekat," kata beliau lagi.
Astro Awani
Wed Dec 28 2022
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menggugurkan salah seorang pengasasnya, Mutalib Uthman sebagai Pengerusi Negeri Perak dan keanggotaannya dalam parti digantung selama tiga tahun. - Gambar fail
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Mutalib digugur sebagai Pengerusi MUDA Perak, keahlian digantung
Keputusan itu dibuat ekoran tindakan Mutalib yang mengumumkan bertanding di Parlimen Tapah dalam PRU15 lalu.
PRU15: MUDA umum calon akhir di kerusi Parlimen Masjid Tanah
Semua kerusi MUDA ini adalah hasil rundingan dan kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH).
PRU15: Parlimen Tapah milik PH, bukan MUDA, pengumuman rasmi menyusul
Ketua Penerangan MUDA jawab kekeliruan Pengerusi Parti MUDA Perak dicalonkan bertanding di Parlimen Tapah.
PRU15: MUDA pertaruh Mutalib Uthman bertanding di Parlimen Tapah
Parlimen Tapah merupakan kerusi luar bandar dan kubu kuat BN yang kini disandang oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.
Ceramah Syed Saddiq dicemari provokasi
Ceramah pada mulanya tenang bertukar menjadi tegang apabila Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mula berucap.
RM155 juta peruntukan subsidi di Lembah Klang, orang Pengkalan Hulu dapat apa? - Muda Perak
Muda Perak mempersoalkan peruntukan subsidi sebanyak RM155 juta kepada pengangkutan awam di bawah RapidKL dan KTMB Lembah Klang.
Selepas Pejuang, permohonan pendaftaran MUDA turut ditolak
Perkara itu disahkan salah seorang pengasas MUDA, Mutalib Uthman dalam kumpulan aplikasi WhatsApp bersama media sebentar tadi.
Parti Muda bukan semestinya umur tetapi pemikiran - Mutalib Uthman
Mutalib menjelaskan apa yang dikatakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti baharu itu akan kehilangan sokongan orang dewasa tidak tepat.
Promosi dalam talian, industri buku dahaga karya baharu
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB), Mutalib Uthman, optimis kehidupan sebagai seorang penulis atau mana-mana individu yang terlibat dalam industri ini perlu diteruskan.