Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) yang berdepan pembatalan pendaftaran parti itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akan mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.
Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas yang mengesahkan telah menerima emel Notis Merah RoS itu hari ini, berkata pihaknya mempunyai 30 hari untuk membuat rayuan tersebut mengikut Akta RoS 1966.
Katanya, sebarang keputusan akan diputuskan oleh Muhyiddin sama ada menerima keputusan RoS, membuat pindaan atau tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.
"Lepas kita terima keputusan daripada menteri, barulah kita ambil tindakan lain. Kalau keputusan menteri tak setuju dengan RoS, maka selesailah perkara itu.
"Kalau dia buat pindaan kepada keputusan, kita perlu lihat apa pindaan tersebut. Kalau dia setuju dengan keputusan pendaftar, maka kita ada 90 hari untuk membawa isu itu kepada mahkamah," katanya pada sidang media di pusat khidmat MyPPP Cameron Highlands di sini petang ini.
RoS membatalkan pendaftaran MyPPP berkuat kuasa hari ini.
Pembatalan itu dibuat Ketua Pengarah RoS, Masyati Abang Ibrahim menerusi notis kepada parti berkenaan yang salinannya turut diserahkan kepada Kayveas dan Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz.
Menurut notis itu, keputusan membatalkan pendaftaran MyPPP dibuat berikutan rayuan dikemukakan parti itu tidak menunjukkan sebab yang cukup di sebaliknya.
Kayveas turut berharap Muhyiddin akan mempertimbangkan rayuan tersebut dengan adil dan saksama agar parti itu dapat diselamatkan.
Dalam pada itu, Kayveas turut menyangkal desas desus mengatakan MyPPP menyertai Pakatan Harapan (PH) setelah keluar dari Barisan Nasional (BN).
"Saya tidak akan menyertai mana-mana Pakatan Harapan (PH). Tidak perlu saya menyertai PH. Saya meninggalkan BN kerana kesetiaan kami tidak dibalas, kami setia tetapi mereka tidak setia kepada kami," katanya.
Semasa ditanya sama ada akan ditubuhkan semula parti itu sekiranya rayuan tersebut ditolak, Kayveas berkata segala keputusan akan ditentukan dalam mesyuarat khas antara anggota untuk keputusan seterusnya.
"Ia suatu keputusan besar untuk menubuhkan semula parti itu, adakah perlu dan siapa minat untuk membuatnya. Kami akan menangani masalah itu apabila berdepan dengannya," katanya.
MyPPP sebelum ini dilanda konflik dalaman selepas parti itu memecat Kayveas daripada jawatan presiden dan surat pemecatannya turut dikeluarkan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bertarikh 24 April tahun lepas.
Namun, pemecatan itu dianggap tidak sah berikutan surat rasmi dikeluarkan RoS memperakui Kayveas masih Presiden MyPPP yang sah.
Kayveas sebelum ini mengumumkan MyPPP keluar daripada BN berkuat kuasa serta-merta untuk bergerak sendirian sebagai parti yang menyokong kerajaan sedia ada iaitu Pakatan Harapan. -- Bernama
Bernama
Mon Jan 14 2019

Kayveas (tengah) ketika mengumumkan untuk bertanding dalam PRK Parlimen Cameron Highlands pada 6 Jan lalu. - BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai tugas menasihati Agong - Anthony Loke
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai menjalankan tugas menasihati serta mempersembahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong.

'Kami rela dituduh pelacur demi pertahankan perpaduan ummah' - Pemuda Pas Selangor
Pas rela dituduh demikian daripada menjadi 'pelacur politik dan kuasa' kerana rakus menggadai maruah agama dan bangsa untuk kehendak peribadi.

10,000 penduduk Rusia berarak bantah cara Putin tangani krisis politik
Perarakan seumpama itu jarang berlaku di Rusia, sekali gus menyaksikan keretakan dalam pimpinan Putin yang semakin dikecam.

Ahmad Faizal kekal Ketua Bersatu Bahagian Tambun, menang tanpa bertanding
Bersatu Perak mempunyak 277 Cawangan daripada 24 Bahagian yang melibatkan keahlian kira-kira 28,548 orang.

Kerajaan sedar naratif politik semasa - Dr Wan Azizah
Kerajaan sedar mengenai naratif politik semasa di mana rakyat mengharapkan sesuatu yang luar biasa dilakukan dalam memenuhi harapan masyarakat.

Pentadbir kena neutral, kesetiaan 'berbelah bagi' tidak menyumbang pada pentadbiran negara
Para pentadbir harus bersikap neutral dan patuh kepada kerajaan semasa yang dipilih rakyat walaupun mempunyai pendirian politik tersendiri bagi memastikan pentadbiran negara baik, kata Perdana Menteri

Muhyiddin nafi ada sengketa dengan Dr Mahathir
Mesyuarat khas tergempar yang diadakan Dr Mahathir baru-baru ini hanya untuk mendengar perbezaan pendapat susulan isu pelantikan Exco Johor yang baharu.

PRK Sandakan: Anak mendiang Stephen Wong diumumkan calon PH
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan anak mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen (P) 186 Sandakan.

Fitnah, berita palsu marak menjelang Pemilu 2019
Perkembangan pesat komunikasi siber mengundang masalah besar buat seluruh dunia lebih-lebih lagi pada negara yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 269 juta seperti Indonesia.

PRK Rantau: Ilham Centre jangka Mohamad Hasan akan menang
Ilham Centre menjangkakan Mohamad akan mengekalkan kerusi DUN Rantau dengan peralihan undi daripada PH kepada BN sebanyak 24.5 peratus.