SIMPANG RENGGAM: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menempelak Datuk Seri Najib Razak, dan menyeru rakyat supaya tidak mempercayai kata-kata Ahli Parlimen Pekan itu.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, ia termasuk dakwaan Najib bahawa kerajaan tidak mengeluarkan satu sen pun untuk membayar hutang negara.
"Najib ini angan-angan dia tinggi... Dia harap setelah didapati bersalah, curi duit, dia punya angan-angan nak dilepaskan supaya boleh jadi Perdana Menteri.
"Jadi, itulah Najib. Jangan peduli apa yang dia kata. Dia boleh kata kononnya kerajaan tidak guna satu sen pun (duit ) untuk bayar hutang... itu bodohlah.
"(Mana boleh) hutang orang (tetapi) tak bayar duit. Tetapi Najib macam itulah, curi duit sebab itu tak bayar hutang," kata Dr Mahathir dalam sidang media selepas menghadiri Program Aspirasi Johor di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Felda Air Hitam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Najib bahawa pola pengundian masyarakat Cina d Johor telah berubah daripada DAP kepada MCA.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri itu ketika berucap pula berkata, Najib adalah satu-satu manusia 'luar biasa' yang mengemukakan dakwaan tersebut di Dewan Rakyat.
Jelas Dr Mahathir lagi, jika ada mana-mana pihak berterusan bersikap tidak malu dalam melakukan kesalahan, maka tidak mustahil akan berlaku kerosakan dalam masyarakat
"Saya rasa kalau Najib bogel depan orang ramai pun dan orang tanya kenapa pemimpin bogel, 'ini nanti dia jawab, apa nak nak malu, dia bos'.
"Masyarakat bertamadun perlu rasa malu apabila kita buat benda salah, tetapi Najib tidak. Dia buat salah, dia jadi 'bossku'. Kononnya sebab dia Melayu dan Islam. Jadi, orang Melayu-Islam boleh buat apa sahaja tanpa rasa malu," katanya lagi.
Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu menyeru supaya rakyat di negeri Johor memilih kerajaan baharu bagi membawa perubahan dan tidak mengekalkan kerajaan yang didakwa bersifat kleptokrat.
Terdahulu, Najib di Dewan Rakyat berkata tiada satu sen prinsipal hutang 1Malaysia Development (1MDB) pernah dibayar oleh kerajaan.
Ahli Parlimen Pekan itu memberitahu, bayaran sebanyak RM16.4 bilion yang diterima daripada Goldman Sachs bukanlah wang rakyat sebaliknya itu adalah wang bank terbabit yang boleh digunakan untuk membayar hutang 1MDB.
Hasimi Muhamad
Thu Mar 03 2022

Menurut Dr Mahathir, jika ada mana-mana pihak berterusan bersikap tidak malu dalam melakukan kesalahan, maka tidak mustahil akan berlaku kerosakan dalam masyarakat. - Foto Astro AWANI
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.

Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.

Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.

Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.

Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.

Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.