Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu malam melahirkan rasa syukur atas kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Najib, selaku Pengerusi BN, berkata berita tersebut merupakan sesuatu yang manis pada malam terakhir program lawatan enam hari beliau ke China.
"Saya amat bersyukur sekali kepada Allah SWT, saya rasa gembira yang amat sangat apabila mendapat tahu BN menang. Walaupun majoritinya nipis tetapi dalam sistem demokrasi, satu undi pun dikira menang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatannya ke China sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara itu.
Berita kemenangan BN itu diterima Najib semasa menghadiri majlis Makan Malam Persahabatan Malaysia-China di sebuah hotel di Beijing.
Sebaik sahaja menerima khabar itu, beliau terus menelefon Mah untuk mengucapkan tahniah.
Najib juga mengucapkan tahniah kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassan yang mengetuai kempen PRK itu dan seluruh jentera BN yang telah berkerja keras untuk merampas semula kerusi itu daripada DAP.
Dalam pertandingan satu lawan satu, Mah, yang juga Presiden Gerakan, mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.
Najib berkata kemenangan itu juga bermakna kerana BN tewas dengan majoriti lebih 7,000 pada pilihan raya umum 2013 dan mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di Teluk Intan yang memilih parti kerajaan BN kali ini.
"Ini bererti faktor peralihan sokongan yang besar sekali pada BN. Kita akan kaji punca-punca positif yang menyebabkan faktor peralihan sokongan kepada BN terlalu awal untuk buat kesimpulan," katanya.
Ditanya sama ada Mah akan diberi jawatan dalam Kabinet seperti yang diumumkan beliau di Beijing dua hari lepas, Najib berkata ia akan ditunaikan kerana BN memegang pada slogan 'Janji Ditepati'.
Apabila seorang wartawan menyatakan akan ada tambahan dua presiden parti komponen lagi dalam Kabinet nanti sambil merujuk kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Najib secara berseloroh berkata: "Mereka tidak boleh melupakan presiden MCA."
"Tidak boleh lupa Presiden MCA, beliau juga menyumbang atas kemenangan ini. Sekiranya BN bersatu padu dan melakukan kerja secara bersatu di peringkat akar umbi, anda boleh melihat kesan dan hasil yang lebih kukuh bagi calon BN," kata Najib.
Muhyiddin, ketika mengulas perkara yang sama berkata kejayaan merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan merupakan satu petanda penting bahawa keyakinan dan sokongan rakyat terhadap BN semakin kukuh.
Beliau yang juga timbalan pengerusi BN berkata beliau percaya pengundi Teluk Intan telah membuat keputusan yang matang dengan menilai prestasi baik dan pengalaman calon BN, Mah, yang pernah berkhidmat sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar dan Anggota Parlimen Teluk Intan sebelum ini.
"Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana pengundi di Teluk Intan telah memilih Mah untuk menjadi wakil rakyat mereka kembali.
"Kita bersyukur kerana kemenangan ini membuktikan BN terus mendapat sokongan masyarakat pelbagai kaum di negara kita," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.
Beliau berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada pengundi Teluk Intan kerana membuat pilihan yang bijak dan tepat serta menolak politik jahat, tipu helah dan kebencian.
Muhyiddin yang mengucapkan tahniah kepada Mah dan seluruh jentera BN berkata walaupun majoriti kecil dan memerlukan lebih banyak kerja dan usaha berterusan, beliau percaya ia adalah detik kebangkitan parti Gerakan.
"Saya percaya Mah akan bekerja kuat dan mengambil berat terhadap kebajikan penduduk Teluk Intan. Selain daripada berpengalaman, berdedikasi dan komited, beliau juga merupakan seorang penduduk Teluk Intan yang menjalinkan hubungan erat dengan masyarakat tempatan," katanya.
Muhyiddin berkata BN akan menunaikan semua janji yang telah dibuat dan Mah akan membawa arus pembangunan, kemajuan dan kemakmuran kepada negeri Perak dan Teluk Intan.
Bernama
Sat May 31 2014

Najib: Kita akan kaji punca-punca positif yang menyebabkan faktor peralihan sokongan kepada BN

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.
Program pantau karbohidrat di Thailand dapat sambutan
Lebih 18 juta rakyat Thailand berjaya diberikan pendedahan mengenai pengiraan karbohidrat.
Kerajaan Indonesia belanja 710.5 bilion Rupiah setakat ini
Kerajaan Indonesia setakat 12 mac 2025, telah membelanjakan sejumlah 710.5 bilion Rupiah dalam kempen pemberian makanan percuma kepada jutaan pelajarnya.

SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat - Azam Baki
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
EU bertindak balas terhadap keputusan Trump
Kesatuan Eropah (EU) akan mengenakan tarif sebanyak 26 bilion Euro ke atas barangan Amerika Syarikat berkuatkuasa April depan.

Zayn Rayyan hanya mampu sebut 30 perkataan - Pakar pediatrik
Zayn Rayyan hanya mampu sebut 30 perkataan - Pakar pediatrik
Brazil sifatkan keputusan AS sebagai tidak wajar
Kerajaan Brazil menyifatkan keputusan Amerika Syarikat menaikkan tarif import keluli dan aluminium kepada 25 peratus merupakan satu tindakan yang tidak wajar.
Pertumbuhan sektor penjagaan kesihatan kekal positif pada 2025
Kenyataan juga menyebut, permintaan berterusan daripada pelabur itu akan didorong peralihan struktur kekal disebabkan peningkatan peratusan penduduk warga emas di Malaysia.

Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh akui pukul, tendang mangsa kerana kecewa
Tertuduh keenam dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu mengakui bahawa dia memukul dan menendang mangsa ketika di bilik asrama erana kecewa dengan perbuatannya.

Pengajaran daripada PRK Teluk Intan
Datuk Mah Siew Keong berjaya membawa pulang kerusi parlimen yang ke 134 untuk BN, apa pengajaran yang kita dapat dari PRK kali ini?

Najib bersyukur atas kemenangan BN di Teluk Intan
Datuk Seri Najib Razak Sabtu malam melahirkan rasa syukur atas kemenangan calon BN Datuk Mah Siew Keong pada PRK Teluk Intan.

PRK Teluk Intan: Mah gembira ramai pulang mengundi
Datuk Mah Siew Keong berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian di Parlimen Teluk Intan kerana tiada sebarang insiden yang tidak diingini.

Muhyiddin balas tuduhan pembangkang dakwa BN bersifat perkauman
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membalas tuduhan pembangkang yang mengatakan BN bersifat perkauman.