Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang Rabu mengesahkan kehadiran ke mesyuarat berkenaan.
Beberapa spekulasi termasuk pengguguran Muhyiddin daripada parti berlegar di beberapa portal serta laman sosial.
Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan mesyuarat itu tidak membincangkan isu pengguguran Muhyiddin, sebaliknya agenda pengurusan Perhimpunan Agung UMNO 2015.
![Najib mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO yang turun dihadiri oleh Muhyiddin. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR](http://img.astroawani.com/2015-12/51449667868_freesize.jpg)
Menurut beliau, hanya dua agenda iaitu persiapan perhimpunan dan taklimat berhubung penyelarasan jurucakap negeri yang akan dibincangkan.
Jelasnya, kedua-dua perkara tersebut merupakan kelaziman perbincangan pada mesyuarat itu setiap tahun.