KUALA LUMPUR: Keputusan untuk menerima atau menolak permohonan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) wajar diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.
Setiausaha Agung PBB, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bagaimanapun berkata, beliau mengakui kekuatan sokongan pengundi terhadap Willie yang berjaya merampas kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Namun, sensitiviti penyokong dan akar umbi PBB di kawasan tersebut juga perlu dihormati.
‘’Saya setuju dengan pandangan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (Naib Presiden PBB) kerana dengan alasan yang samalah.
“Jadi oleh kerana Datuk Willie Mongin dah memohon untuk menyertai PBB, jadi keadaan di lapangan di kawasan itu kita faham juga cuma kita perlu ambil kira sensitiviti penyokong asal PBB di sana.
‘’Tapi saya yakin ini akan dapat kita selesaikan dan setakat ini biarlah saya menunggu keputusan pucuk pimpinan tidak lain tidak bukan YAB sendiri (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) bersama timbalan-timbalan, Yang Di Pertua parti dan mereka yang terlibatlah untuk membuat keputusan,’’ katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Rabu.
BACA: Willie Mongin sahkan mohon jadi ahli parti komponen GPS
BACA: Abang Jo enggan jawab mengenai permohonan Willie Mongin sertai PBB
BACA: Manyin 'sentap' Willie mohon masuk PBB
Willie Mongin sebelum ini mengesahkan permohonannya untuk menyertai PBB dan sedang menunggu maklum balas daripada pucuk pimpinan parti itu.
Bagaimanapun pengakuannya itu menimbulkan reaksi bercampur baur pemimpin PBB.
Bagi Abdul Karim, PBB tidak patut mengenepikan permohonannya begitu sahaja kerana kemenangan Willie pada PRU14 dengan majoriti lebih 4,000 undi menunjukkan prestasinya di mata rakyat.
Namun, bekas Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Seri Michael Manyin mempersoalkan kredibiliti Willie Mongin yang pernah memburuk-burukkan PBB ketika berkempen dalam PRU14 lalu.
Syafik Shukri Jalil
Wed Jul 06 2022

Nanta yakin status permohonan Willie Mongin untuk menyertai PBB akan dapat diselesaikan oleh pucuk pimpinan parti. FOTO Astro AWANI

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

100 Hari Kerajaan Perpaduan: Tiada perubahan reformasi menyerlah - Willie
Kerajaan Perpaduan dilihat belum menunjukkan kesungguhan dan satu perubahan reformasi menyerlah dalam merungkai setiap permasalahan dialami rakyat.

PRU15: Ikrar Willie Mongin buat penduduk Puncak Borneo
Datuk Willie Mongin berikrar melaksanakan rancangan holistik di Parlimen Puncak Borneo terutama pembangunan infrastruktur asas.

PRU15: Tiada istilah menang mudah tawan Puncak Borneo - Willie Mongin
Willie Mongin baakal mempertahankan kerusi Parlimen Puncak Borneo yang ditawannya dalam PRU14 lalu, kali ini sebagai calon GPS.

Harga pasaran minyak sawit negara dijangka stabil dalam tempoh enam bulan
Harga pasaran minyak sawit dalam negara dijangka stabil dan pulih secara berperingkat dalam tempoh enam bulan hingga satu tahun mendatang.

Willie Mongin kini ahli PBB, permohonan diterima tanpa syarat - Abang Jo
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB telah menerima permohonan daripada Datuk Willie Mongin untuk menjadi ahli PBB tanpa sebarang komitmen dan syarat.

Permohonan Willie Mongin sertai PBB: 'Saya tidak mahu komen' - Jerip Susil
Datuk Dr Jerip Susil enggan mengulas berkenaan permohonan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Nanta serah kepada pucuk pimpinan PBB tentukan permohonan Willie Mongin
Keputusan untuk menerima atau menolak permohonan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) wajar diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

Willie Mongin sahkan mohon jadi ahli parti komponen GPS
Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin hari ini mengesahkan bahawa beliau telah memohon untuk menyertai PBB yang merupakan sebuah parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Langkah Indonesia tarik balik sekatan eksport minyak sawit tidak jejas industri sawit negara
Malaysia mempunyai pembeli komoditi itu yang tersendiri selain minyak sawit yang berkualiti.

Gaji minimum perlu diperhalusi lagi - Willie
Willie juga berharap skim gaji minimum akan dilaksana dengan formula situasi menang-menang dan tidak terlalu menekan usahawan.