Lebih 50 wakil dari Persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri (NGO) Kaum India Perak menggesa kerajaan negeri melantik seorang wakil dari parti MIC bagi menyelaras hal ehwal kaum India di negeri ini.
Pengerusinya, Dr V Jayabalan berkata, pelantikan wakil itu penting bagi memastikan keperluan dan kebajikan masyarakat kaum itu di negeri ini terbela dan tidak tercicir.
"Parti MIC adalah parti politik yang tersusun organisasinya dengan keahlian dianggotai majoriti daripada kaum India di negara ini.
"Sejak kemerdekaan, parti ini sudah memainkan peranan penting dalam memperjuangkan kepentingan kaum India dalam aspek sosial ekonomi dan politik," katanya.
Terdahulu, Jayabalan menyerahkan memorandum mengenai pelantikan penasihat dan Pegawai Khas Kaum India dalam Kerajaan Negeri Perak kepada Menteri Besar (MB) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Memorandum itu diterima Penolong Pegawai Tadbir di Pejabat MB, Asad Safwan Mazlan, di hadapan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.
Kata Jayabalan lagi, kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) sehingga kini tidak mempunyai wakil dari kaum India.
"Kami memohon MB Perak mempertimbangkan perkara ini kerana jika tidak ada wakil dari masyarakat India tempatan masalah yang dihadapi oleh kaum itu tidak akan selesai.
"Contohnya, seperti di kawasan Buntong dan Kampung Simee yang majoritinya terdiri daripada masyarakat India," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengedar Surat Khabar India Negeri Perak, P Karthikesan berkata, peranan MIC penting sebagaimana sebelum ini parti itu yang bergerak bersama-sama dalam menangani pelbagai masalah dan isu kaum India.
"Cadangan kami ialah melantik wakil dari parti MIC yang mempunyai pengalaman yang cukup banyak selain MIC sudah bersama dengan parti komponen yang lain dalam negara sejak 60 tahun lalu.
"Pemimpin MIC juga memahami kehendak akar umbi masyarakat India dalam membendung dan menangani masalah masyarakat India," katanya.
Aida Aziz
Wed Jul 08 2020

Wakil NGO selepas menyerahkan memorandum mengenai pelantikan penasihat dan Pegawai Khas Kaum India dalam Kerajaan Negeri Perak kepada MB di Ipoh hari ini. - Astro AWANI

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.

Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.

Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.

Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.

Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.

Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.

Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.

Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.