GOMBAK: Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar membuat kejutan apabila hadir di Majlis Silaturrahmi Aidilfitri anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham di Taman Selaseh Fasa 2 di sini pada Sabtu.
Beliau tiba pada jam 12 tengah hari ditemani anaknya, Nurul Syazwani dan disambut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Kehadiran Noh mencetuskan tanda tanya tentang kemungkinan beliau menyertai PN, namun usaha media bagi mendapatkan kesahihan tersebut tidak berjaya selepas beliau enggan ditemu bual.
Mohamed Azmin ketika ditanya berkenaan perkara tersebut meminta perkara itu disahkan sendiri oleh Noh.
Mohamed Azmin bagaimanapun berkata, PN juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sentiasa membuka pintu kepada individu yang komited menerima idealisme perjuangan parti tersebut.
"Dalam suasana politik semasa, kita perlu dokongan daripada semua pihak. Saya percaya beliau punya pengalaman luas dalam perjuangan.
"Memang betul sebelum ini beliau bersama UMNO. namun beliau merupakan seorang tokoh yang berani menegur kepincangan dan kecurangan di dalam parti tersebut.
"Apa langkah seterusnya, kita serahkan kepadanya dan kita bersedia menerima sesiapa yang ingin bersama PN, " katanya ditemui pada majlis itu.
Turut hadir pada majlis tersebut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang juga bekas Ketua UMNO Hulu Selangor.
Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Mohamed Azmin berkata, rundingan pembahagian kerusi DUN Selangor hampir selesai dan telah mencapai kata sepakat antara gabungan parti dalam PN.
"Beberapa siri perbincangan di peringkat parti anggota PN telah diadakan dan saya telah membentangkan laporan tersebut kepada pimpinan Pusat melalui dua pertemuan sebelum Aidilfitri.
"Pimpinan negeri hanya mengemukakan pandangan setelah dimuafakati anggota-anggota PN, dan kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan muktamad," katanya.
Katanya, jumlah kerusi yang akan ditandingi akan diumumkan pada masa yang sesuai. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 06 2023

Noh (kiri) disambut Mohamed Azmin ketika hadir Majlis Silaturrahmi Aidilfitri DUN Gombak Setia pada Sabtu. - Foto/Sinar Harian

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane, secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise di Bangkok malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Noh Omar antara lima dilantik ahli MPT Bersatu
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar merupakan antara lima yang dilantik menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu.

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.

Noh Omar dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional
Mesyuarat Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) yang diadakan pada 20 Jun lalu telah bersetuju melantik Tan Sri Noh Omar sebagai Timbalan Presiden.

Kerajaan guna 'delay tactic' elak PRK di enam Parlimen - Noh
Kerajaan akan menggunakan 'delay tactic' untuk memastikan enam Ahli Parlimen daripada Bersatu yang menyokong Perdana Menteri tidak dilucutkan jawatan bagi memberi laluan kepada PRK.

'Saya belum sertai mana-mana parti politik' - Noh
Tan Sri Noh Omar menegaskan belum menyertai mana-mana parti politik, namun mengaku hanya menyokong Perikatan Nasional (PN).

'Datang tak menambah, pergi tak mengurang' - Noh
Rata-rata rakyat di Tanjong Karang sering mengeluh kerana sukar bertemu dengan Zulkafperi selepas menang dalam PRU15 lalu.

PRN: Satu lawan satu, PN boleh menang di 33 kerusi majoriti Melayu - Noh Omar
Kemenangan di kerusi 'satu lawan satu' bergantung kepada peratusan pengundi Melayu yang keluar mengundi, selain sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.

Noh Omar sah tak tanding PRN Selangor
Tan Sri Noh Omar, mengesahkan dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.