KUALA LUMPUR: Tindakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang membidas bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony, disifatkan sebagai "seperti cacing kepanasan" oleh Ketua Penerangan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Dr Oswald Aisat Igau.
Oswald berkata, kenyataan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) itu, yang tersebar dalam sebuah video sejak Isnin, seolah-olah terpesong daripada topik utama yang disuarakan Peter sebelum ini.
Malah, katanya, tiada satu pun yang dijawab Pandikar Amin berhubung kritikan yang dibuatnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Apa yang dijawab pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu hanyalah bersifat menghentam Peter dan KDM secara peribadi, dan bukannya menjawab mengenai kegagalan beliau bersuara mengenai masalah negeri ini ketika menjadi sebahagian daripada kerajaan dulu.
"Pandikar Amin sepatutnya amati kenyataan Peter. Dia (Pandikar Amin) dibidas kerana menuduh Perdana Menteri hanya retorik dalam usaha menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di Sabah.
"Peter memberitahu Pandikar Amin supaya memberi peluang dan masa kepada Perdana Menteri untuk menyelesaikan permasalahan di Sabah.
"Pandikar Amin mendakwa jalan di Sabah berlubang, masalah air, masalah elektrik. Peter hanya menegur beliau, kenapa baru sekarang dia bersuara, sedangkan sebelum ini sudah berpuluh tahun berada dalam kerajaan.
"Peter cuma menekankan, beri peluang kepada Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Pada masa sama, Oswald turut menyangkal dakwaan Pandikar Amin yang kononnya KDM mempunyai wakil rakyat daripada GRS iaitu Timbalan Presiden KDM, Datuk Wetrom Bahanda.
"Perlu diingat, Wetrom bukan daripada GRS. Gabungan itu hanya berdaftar pada 2022 sedangkan Wetrom sudah menjadi wakil rakyat sejak 2020.
"Beginilah kalau sudah seperti 'cacing kepanasan', bercakap pun main hentam saja," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Oswald juga menyangkal kenyataan Pandikar Amin yang mengatakan KDM "belum teruji kejantanannya" dalam pentas politik.
"Mungkin Pandikar Amin lupa, KDM telah menumbangkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) di Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu," tambahnya.
Dalam pada itu, Oswald bagaimanapun tidak menafikan yang KDM pernah memohon untuk menyertai GRS beberapa tahun lalu, namun hasrat itu dibatalkan selepas menunggu terlalu lama.
Astro Awani
Tue Nov 07 2023
![Oswald sifatkan Pandikar Amin umpama 'cacing kepanasan' Oswald sifatkan Pandikar Amin umpama 'cacing kepanasan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699371827_OswaldAisatIgau.jpg)
Oswald (gambar) dalam kenyataannya turut menyangkal dakwaan Pandikar Amin yang menyifatkan KDM "belum teruji kejantanannya" dalam pentas politik.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Oswald sifatkan Pandikar Amin umpama 'cacing kepanasan' Oswald sifatkan Pandikar Amin umpama 'cacing kepanasan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699371827_OswaldAisatIgau.jpg)
Oswald sifatkan Pandikar Amin umpama 'cacing kepanasan'
Oswald berkata, kenyataan Pandikar Amin seolah-olah terpesong daripada topik utama yang disuarakan Peter sebelum ini.
![Teladani perwatakan pemimpin terdahulu, pastikan perpaduan kekal utuh - Pandikar Teladani perwatakan pemimpin terdahulu, pastikan perpaduan kekal utuh - Pandikar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616056017_TanSriPandikarAmin.jpg)
Teladani perwatakan pemimpin terdahulu, pastikan perpaduan kekal utuh - Pandikar
Sikap pemimpin terdahulu membuktikan perpaduan rakyat di tiga wilayah iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak mampu disemai dengan baik.
![Budaya jatuh-menjatuh punca Sabah masih mundur - Pandikar Budaya jatuh-menjatuh punca Sabah masih mundur - Pandikar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673002054_PandikarAmin.jpg)
Budaya jatuh-menjatuh punca Sabah masih mundur - Pandikar
Kata Pandikar Hajiji sepatutnya terus diberi ruang mentadbir negeri itu sehingga tamat penggal berdasarkan kredibilitinya selain perwatakannya yang disenangi oleh setiap lapisan masyarakat.
![Lupakan MA63, rangka perjanjian baharu bukan langkah tepat - Ongkili Lupakan MA63, rangka perjanjian baharu bukan langkah tepat - Ongkili](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632000408_DrMaximusJohnityO.jpg)
Lupakan MA63, rangka perjanjian baharu bukan langkah tepat - Ongkili
Ia penting kerana, tanpa MA63, tiada rujukan dan asas untuk membincangkan isu yang akan dapat memberi manfaat kepada Sabah dan Sarawak.
![BIMP-EAGA: Strategi pertumbuhan sedang dirangka bantu lonjak prestasi Sabah - Pandikar Amin BIMP-EAGA: Strategi pertumbuhan sedang dirangka bantu lonjak prestasi Sabah - Pandikar Amin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616056017_TanSriPandikarAmin.jpg)
BIMP-EAGA: Strategi pertumbuhan sedang dirangka bantu lonjak prestasi Sabah - Pandikar Amin
Usaha memperkasa tindakan-tindakan itu akan dilaksanakan dari masa ke semasa dalam memastikan rakyat Sabah terus menerima manfaat daripada pertumbuhan ekonomi di rantau ini.
![USNO hantar permohonan sokong pentadbiran kerajaan - Pandikar USNO hantar permohonan sokong pentadbiran kerajaan - Pandikar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41600254107_PandikarAmin.jpg)
USNO hantar permohonan sokong pentadbiran kerajaan - Pandikar
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) menyatakan pendirian mereka menyokong polisi kerajaan.
![PRN Sabah: USNO janji kahwin kali pertama dapat hadiah RM1,000 PRN Sabah: USNO janji kahwin kali pertama dapat hadiah RM1,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51600259132_PANDIKARAMINMULIA.jpg)
PRN Sabah: USNO janji kahwin kali pertama dapat hadiah RM1,000
Rakyat Sabah yang mendirikan rumah tangga buat kali pertama, akan menerima hadiah perkahwinan sebanyak RM1,000.
![Manifesto USNO: TPM dari Sabah, Sarawak jika menang PRN ke-16 Manifesto USNO: TPM dari Sabah, Sarawak jika menang PRN ke-16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41600254107_PandikarAmin.jpg)
Manifesto USNO: TPM dari Sabah, Sarawak jika menang PRN ke-16
USNO akan memperjuangkan jawatan seorang timbalan perdana menteri dari Sabah atau Sarawak sekiranya diberi mandat.
![Usbo sokong penuh Anwar teraju kepimpinan negara Usbo sokong penuh Anwar teraju kepimpinan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51568722189_AnwarPandikarAmin.jpg)
Usbo sokong penuh Anwar teraju kepimpinan negara
Usbo menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri pada masa hadapan.
![Sertai PKR: Pandikar Amin Mulia terus berteka-teki Sertai PKR: Pandikar Amin Mulia terus berteka-teki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51568099549_TBBEKASPEAKER.jpg)
Sertai PKR: Pandikar Amin Mulia terus berteka-teki
Bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia masih berteka-teki dengan statusnya yang dikhabarkan bakal menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).