KUALA LUMPUR:Pakatan Harapan (PH) perlu bergerak ke hadapan dengan kekuatan 108 Ahli Parlimen pembangkang yang bersama menolak Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat baru-baru ini, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Ahli Parlimen Pulai itu berpendapat, kenyataan Presiden partinya, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung cadangan satu anjakan politik baharu diperlukan adalah untuk memastikan gabungan itu bergerak ke hadapan dengan kekuatan yang ada.
Menurut Salahuddin, kenyataan dua pemimpin utama PH itu, bagaimanapun, tidak menyebut tentang kegagalan mana-mana individu sebaliknya mahu pakatan itu bergerak bersama dengan kekuatan 108 Ahli Parlimen.
Jelas beliau, jumlah 108 itu adalah bukti kesetiaan semua Ahli Parlimen pembangkang yang tidak boleh dipersiakan.
"Kita berjaya untuk bersama dengan nombor 108, dari keputusan itu kita melihat inilah kumpulan pembangkang walau apa pun pandangan setelah Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) keluar dari PH yang asal.
"Rakan-rakan yang ada bersama pembangkang tetap satu suara dan itulah kita dapat 108... inilah yang kita katakan pengaruh dalam kawalan kita.
"Inilah Ahli-ahli Parlimen yang masih bersama kita dan mereka membuktikan kesetiaan kepada blok pembangkang," katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas kenyataan mengejar bayang-bayang yang disuarakan oleh Mohamad dan Guan Eng, Salahuddin berkata, perkara itu terbukti dengan undi yang diberikan pihak yang kononnya mahu bersama menolak Belanjawan 2021 tapi akhirnya tetap menyokong.
"Adapun dengan apa yang dikatakan mengejar bayang-bayang itu telah terbukti, mereka yang dikatakan akan menyokong kita, kalau tak silap 25 kali di peringkat jawatankuasa dan bacaan kali ketiga namun mereka tidak boleh mmebuktikan sokongan kepada pembangkang.
"Jadi dari situlah lahir satu penegasan bahawa kita perlu bertolak ke hadapan dengan 108, dan kita akan pastikan angka 108 itu utuh.
"Dari sinilah kita menganjak menjadi satu kuasa dan kita akan berusaha mengamit pula pengaruh-pengaruh yang lain untuk kita berdepan PRU akan datang," kata beliau lagi
BACA: Pembangkang harus bersatu, berhenti kejar bayang-bayang, kata Guan Eng dan Mat Sabu
Terdahulu, Mohamad dan Guan Eng menggesa gabungan itu membuat satu anjakan politik untuk menyatukan seluruh blok pembangkang.
Dua pemimpin kanan PH itu menegaskan sudah tiba masanya untuk seluruh blok pembangkang bersatu demi membina kekuatan bersama yang ada atas landasan perjuangan bersama.
Mohamad dan Guan Eng menegaskan, undian belanjawan Selasa lalu mengajar PH supaya tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang dan tidak perlu membuang masa dengan Ahli-ahli Parlimen kerajaan yang oportunis.
Irwan Muhammad Zain
Thu Dec 17 2020

Salahuddin berpendapat, kenyataan Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng tidak menyebut tentang kegagalan mana-mana individu sebaliknya mahu PH bergerak bersama dengan kekuatan 108 pembangkang. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.

Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah
KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang menyediakan menu tersebut.

Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.

Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan ulas desas-desus beliau akan dinaikkan pangkat, sifatkan lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri.

Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.

Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.

PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.

PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.

PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.