Datuk Seri G. Palanivel tetap bertegas bahawa beliau masih Presiden MIC, dan berkata surat Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang menyatakan beliau bukan lagi anggota parti telah dipetik di luar konteks.
Surat RoS bertarikh 25 Jun itu adalah surat balasan yang diutus oleh Setiausaha Agung MIC bertarikh 17 Jun.
Surat Setiausaha Agung tidak didedahkan, tetapi ia nampaknya telah 'menyatakan' kepada RoS bahawa Palanivel telah hilang keanggotaan dalam parti mengikut Artikel 91 Perlembagaan MIC, dan mengiktiraf Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebagai pemangku presiden.
Dan Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah menjawab: "Saya maklum bahawa YB Datuk Seri G. Palanivel telah hilang keanggotaan dengan sendirinya (Ipso Facto) mengikut Artikel 91 Perlembagaan MIC dan bahawa YB Datuk Seri S. Subramaniam menjalankan tugas sebagai pemangku presiden parti".
Dalam kenyataan hari ini, Palanivel berkata: "RoS tidak membuat sebarang pemutusan bagi pihak mereka berhubung permohonan Artikel 91 Perlembagaan MIC.
"RoS tahu bahawa mereka tidak mempunyai bidang kuasa untuk mentafsir Perlembagaan MIC".
"RoS tahu atau sepatutnya mengetahui bahawa apa-apa tafsiran mengenai Perlembagaan MIC hanya boleh dilakukan oleh CWC MIC dan bukan yang lain," katanya.
Palanivel berkata Dr Subramaniam telah memperdaya orang ramai sehingga beranggapan bahawa RoS, sebuah agensi kerajaan, telah bertindak di luar bidang kuasanya sehingga tersalah membuat penentuan di bawah Artikel 91 sedangkan ia tidak.
"Jadi kerana, RoS juga tidak sepatutnya memperakui satu pihak, apa sahaja Dr Subramaniam dan kumpulannya telah menulis kepada mereka.
"Saya telah menjadi anggota MIC sejak berusia 18 tahun dan jangan harap saya mahu membenarkan Dr Subramaniam, yang begitu takut berdepan dengan saya dalam pemilihan, untuk menuntut satu pihak dan menyalahi undang-undang bahawa saya bukan lagi anggota MIC," katanya.
Palanivel berkata beliau akan mengambil tindakan terhadap Dr Subramaniam dan jika perlu, terhadap RoS untuk melindungi kepentingan parti dan lima yang lain termasuk dirinya.
"Saya berharap saya tidak dipaksa untuk melakukannya. Saya tidak akan membenarkan pihak ketiga untuk menentukan hal ehwal dalaman MIC.
"Saya tidak akan membenarkan orang seperti Subra dan kumpulannya untuk mencampuri hal ehwal MIC kepada pihak ketiga untuk kepentingan agenda politik mereka sendiri," katanya.
Bernama
Fri Jun 26 2015

Palanivel (gambar) bertegas beliau masih Presiden MIC dan surat RoS yang menyatakan beliau bukan lagi ahli parti telah dipetik di luar konteks.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Palanivel dakwa surat RoS dipetik di luar konteks
Datuk Seri G. Palanivel tetap bertegas bahawa beliau masih Presiden MIC, dan berkata surat Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang menyatakan beliau bukan lagi anggota parti telah dipetik di luar konteks.