Sebuah parti politik baharu untuk kaum India di negara ini dikenali Malaysian Advancement Party (MAP) kini dalam proses penubuhan dan sedang menunggu kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
Pengerusi penaja Senator P. Waytha Moorthy berkata permohonan untuk penubuhan parti politik baharu itu telah dimajukan kepada RoS oleh jawatankuasa penaja MAP dua minggu lalu.
"Objektif utama parti ialah melindungi, mempromosi dan membawa kepentingan kaum India di Malaysia dalam politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, agama dan sosial.
"Menerusi kelahiran parti politik baharu ini, wujud harapan dan peluang baharu bagi kaum India di negara ini dalam memastikan suara mereka diwakili dengan lebih berkesan agar tiada yang terpinggir," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Waytha Moorthy yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata kaum India akan berpeluang untuk menikmati kemajuan dan pembangunan yang dikecapi negara dengan lebih menyeluruh.
"Ia akan mengusahakan pemerkasaan dan penambahbaikan kaum India seiring Perlembagaan Persekutuan dalam meningkatkan kedudukan sosioekonomi serta menggalakkan perpaduan di negara ini," katanya.
Waytha Moorthy berkata parti itu juga akan bekerja dan menyertai semua parti komponen Pakatan Harapan untuk meningkatkan agenda pembaharuan di bawah 'Malaysia Baharu'.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 08 2018

WAYTHA MOORTHY: Objektif utama parti ialah melindungi, mempromosi dan membawa kepentingan kaum India di Malaysia.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

ROS batal pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia
Menurut Noorzaleha, pembatalan itu dibuat selepas MTC didapati dengan sengaja melakukan kesalahan bertentangan Akta Pertubuhan 1966.

AGC bantah permohonan semakan kehakiman Zuraida untuk diisytihar Presiden PBM
Peguam Persekutuan M. Kogilambigai dalam hujahnya, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pertikaian dalam PBM adalah perkara dalaman untuk diselesaikan pihak terlibat.

Usul tambahan PAU2022, Ahli MKT pula akan dipanggil RoS - Aizat Fikri
Aizat Fikri telah dipanggil RoS untuk memberi keterangan lanjut berkenaan laporannya terhadap pelanggaran perlembagaan parti semasa PAU202.

PAU2022: Dua ahli UMNO hantar aduan kepada RoS
Aduan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.

Amanah tangguh pemilihan parti 18 bulan - Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara (Amanah) menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya perlu dibuat hujung tahun ini selama 18 bulan, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr Mohd Hatta Ramli.

Annuar harap RoS lulus permohonan pindaan perlembagaan UMNO
Annuar berkata RoS sudah mengambil masa cukup lama iaitu dua bulan untuk membuat keputusan berhubung permohonan UMNO berkenaan.

Pindaan perlembagaan: UMNO belum peroleh keputusan RoS - Ahmad Maslan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) belum memberi keputusan terhadap permohonan pindaan Perlembagaan UMNO, menurut Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

UMNO harap tiada halangan ROS lulus pindaan
UMNO berharap tiada sebarang halangan bagi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk meluluskan permohonan pindaan perlembagaannya, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Keputusan permohonan pindaan perlembagaan UMNO diketahui selewat-lewatnya 16 Julai - ROS
Pindaan perlembagaan UMNO ialah bagi memberi ruang kepada ahli memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.

MUDA dibenar cabar tindakan menteri, RoS berhubung pendaftaran parti
Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.