Parti untuk orang muda tidak akan kehilangan undi dari golongan dewasa, kata salah seorang penggerak Rundingan Muda Malaysia, Mutalib Uthman.
Mutalib menjelaskan, muda yang dimaksudkan tidak semestinya umur sebaliknya ia juga termasuk pemikiran, semangat, keberanian dan idealisma baharu.
Justeru, Mutalib menjelaskan apa yang dikatakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti baharu itu akan kehilangan sokongan golongan dewasa tidak tepat.
"Muda itu tidak semestinya pada umur, muda itu bukan dalam maksud parti ini adalah baharu, kita beri satu benda yang baharu, pemikiran yang baharu, solusi-solusi baharu, polisi-polisi baharu, dasar-dasar baharu yang pentingnya ialah keberanian dan idealisma sebelum ini.
"Berbeza dengan sebelum ini, bayangkan ada orang yang muda tapi politiknya tua, ada orang yang muda masih menyokong surat sokongan, memang berpolitik stail orang lama," katanya kepada Astro AWANI.
Menjelas lanjut, pengasas DuBook Press Sdn Bhd itu berkata beliau memilih untuk sebuah parti politik ditubuhkan berbanding gerakan orang muda kerana mahu idealisma baharu ini dapat dibahaskan di Parlimen dan seterusnya menjadi dasar.
"Kalau ada parti kita hendak masuk dalam Parlimen, kita gubal polisi, kita gubal dasar, kita perjuang benda itu, sekurang-kurangnya ada wakil di Parlimen.
"Kalau hanya gerakan, benda itu hanya sampai di peringkat bawahan sahaja dan ia tidak boleh buat keputusan.
"Untuk kesekiankalinya kita perlu boleh buat dasar yang mesra rakyat dan yang paling penting mesra orang muda," katanya lagi.
BACA: "Terima kasih Tun" - Syed Saddiq terbuka terima kritikan Dr Mahathir
BACA: Asyraf Wajdi pelawa Syed Saddiq masuk UMNO
Penubuhan sebuah parti berbilang kaum berasaskan orang muda mula diperkatakan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.
Syed Saddiq berkata penubuhan parti itu bagi memastikan suara belia mendominasi Parlimen dan di luar Parlimen agar golongan itu akhirnya tidak dipandang mudah lagi.
Irwan Muhammad Zain
Fri Sep 04 2020

Pengasas DuBook Press Sdn Bhd itu berkata beliau memilih untuk sebuah parti politik ditubuhkan berbanding gerakan orang muda kerana mahu idealisma baru ini dapat dibahaskan di parlimen dan seterusnya menjadi dasar. - Gambar Astro AWANI

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.

Selepas Ultra Box, kini Astro memperkenalkan Ulti Box
Ulti Box akan melengkapkan dan memperkukuhkan lagi visi Astro dalam memberikan pengalaman perkhidmatan kotak berhubung yang lancar kepada semua segmen pelanggan.

Parti Muda bukan semestinya umur tetapi pemikiran - Mutalib Uthman
Mutalib menjelaskan apa yang dikatakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti baharu itu akan kehilangan sokongan orang dewasa tidak tepat.

Terima perubahan Revolusi Industri 4.0 agar terus kompetitif - Johari Ghani
Malaysia harus menerima perubahan yang dibawa Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) agar tidak ketinggalan dalam era teknologi kini.

Logo baharu Google diterima positif
Penampilan logo Google baru nampaknya menerima sambutan yang hebat daripada pengguna media sosial.

Kabinet Baru 2015
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Selasa, 28 Julai, 2015 mengumumkan rombakan Kabinet yang baru.

Kenny G bakal lancar album baru
Kenny yang terkenal dengan genre "smooth jazz" kali ini mempertaruhkan kelainan dengan lagu berirama jazz asli.

Apa mekanisma pembayaran harga tanah Kampung Baru? - Johari
Kerajaan perlu menjawab persoalan penduduk Kampung Baru mengenai mekanisma pembayaran harga kepada pemilik tanah terbabit.

Jenazah pelajar Malaysia mangsa rempuhan dijadual tiba hari ini - Wisma Putra
Jenazah Tan Wei, pelajar Malaysia yang terbunuh di Malaysia dalam insiden rempuhan Tahun Baharu di Dataran Chen Yi, Shanghai, China Rabu lalu dibawa pulang ke Malaysia Isnin.

UMNO WP gaul kekuatan anak muda dan senior dalam parti
Kekuatan anak muda dilihat kombinasi terbaik yang harus digaul bersama kumpulan senior parti pada Perhimpunan Agung UMNO Selasa depan.

Tingkatkan implementasi dasar, kata usahawan ICT Bumiputera
Kerajaan perlu mengurangkan retorik dan sebaliknya meningkatkan implementasi serta pelaksanaan dasar sekiranya benar-benar ingin membantu golongan usahawan Bumiputera.