Presiden Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah menubuhkan Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira) bagi memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional.
Parti itu akan dipimpin beliau sebagai presiden, manakala 11 lagi ahli jawatankuasa parti akan diumumkan kemudian.
Menurutnya, ketika ini, Pekira masih menunggu kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
"Kita telah membuat permohonan secara dalam talian dengan RoS pada bulan Mei lalu. Menurut RoS, ketika ini, ada 30 parti baharu sedang menunggu kelulusan.
"Jadi, kalau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh diluluskan dalam masa dua bulan, takkan Pekira pun tidak boleh diluluskan," ujar Mohd Ridzuan.
Pada masa sama, parti itu juga telah memohon daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadi salah sebuah parti komponen BN.
"Setakat ini kita ada kira-kira 200,000 anggota Ikhlas di seluruh Malaysia dan mereka akan menjadi ahli Pekira.
"Pekira juga menumpukan kepada keahlian anak muda yang masih tidak menganggotai mana-mana parti politik atau pengundi atas pagar," katanya dalam sidang media sempena pengumuman penubuhan parti Pekira, di sini, pada Selasa.
Logo Pekira menggunakan lambang sabit, bunga bermaksud perpaduan, dan helang bermakna keberanian.
Ditanya sama ada Pekira akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), jelasnya, beliau tidak dapat memutuskan perkara itu kerana masih menunggu jawapan daripada Datuk Seri Najib sama ada Pekira akan diterima sebagai parti komponen dalam BN.
"Apa yang penting, saya harap calon daripada Pekira akan dilantik sebagai Senator Dewan Negara," katanya lagi.
Malah, beliau sendiri sedia dicalonkan sebagai Senator jika Perdana Menteri setuju dengan cadangan itu.
Bagaimanapun, Mohd Ridzuan berkata Pekira akan bergerak sebagai sebuah parti bebas jika hasrat parti itu tidak diterima sebagai parti komponen BN.
Rahimah Abdullah
Tue Jun 20 2017
![Parti Pekira sasar golongan muda, pengundi atas pagar Parti Pekira sasar golongan muda, pengundi atas pagar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71497951771_PartiPekira.jpg)
Parti itu akan dipimpin beliau sebagai presiden, manakala 11 lagi ahli jawatankuasa parti akan diumumkan kemudian. -Astro AWANI/Rahimah Abdullah
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![UMNO Perak terbuka jalin kerjasama, asalkan ikhlas dan jujur UMNO Perak terbuka jalin kerjasama, asalkan ikhlas dan jujur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41613885735_Saarani.jpg)
UMNO Perak terbuka jalin kerjasama, asalkan ikhlas dan jujur
UMNO Perak bersedia menerima kerjasama daripada mana-mana pihak bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.
![COVID-19: Ibadah korban berbeza di masjid Singapura tahun ini COVID-19: Ibadah korban berbeza di masjid Singapura tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81591658236_MasjidSultanSingap.jpg)
COVID-19: Ibadah korban berbeza di masjid Singapura tahun ini
Masjid-masjid akan meneruskan amalan mengagihkan sebahagian daripada daging tersebut kepada keluarga berpendapatan rendah dalam komuniti.
![Wakil rakyat laksana tanggungjawab tanpa pilih bulu Wakil rakyat laksana tanggungjawab tanpa pilih bulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81527131413_TengkuAbdullah.jpg)
Wakil rakyat laksana tanggungjawab tanpa pilih bulu
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap semua wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-14, dapat melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas untuk membela nasib rakyat.
![Tabung Harapan Malaysia beri peluang rakyat bantu kerajaan kurangkan hutang Tabung Harapan Malaysia beri peluang rakyat bantu kerajaan kurangkan hutang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81527978475_TBTHMSUMBANG.jpg)
Tabung Harapan Malaysia beri peluang rakyat bantu kerajaan kurangkan hutang
Tabung itu juga adalah simbol patriotik bagi membolehkan rakyat membuktikan yang mereka menyayangi negara ini dan jumlah sumbangan bukan ukuran sebaliknya keikhlasan untuk membantu negara.
![Isu pekerja asing: Jangan cari publisiti murahan desak Ahmad Zahid 'resign' - Armand Isu pekerja asing: Jangan cari publisiti murahan desak Ahmad Zahid 'resign' - Armand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71446713192_ArmandAzhaAbuHani.jpg)
Isu pekerja asing: Jangan cari publisiti murahan desak Ahmad Zahid 'resign' - Armand
Presiden Ikhlas dinasihat tidak mencari publisiti murahan apabila meminta Ahmad Zahid meletakkan jawapan dalam isu kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini.
![Indonesia harus ikhlas atasi jerebu - Penganalisis Indonesia harus ikhlas atasi jerebu - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/51371364833_295x200.jpg)
Indonesia harus ikhlas atasi jerebu - Penganalisis
Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata Indonesia seharusnya lebih ikhlas dalam menangani isu jerebu yang telah memberi kesan kepada negara serantau.