KUALA LUMPUR: Parti politik dan calon bertanding dalam pilihan raya dilihat masih tidak begitu menekankan kepentingan menyediakan akses maklumat yang menyeluruh kepada pengundi dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU).
Pemangku Pengarah Eksekutif Bersih, Ngeow Chow Ying berkata, situasi itu menyebabkan ramai dalam kalangan mereka tidak begitu berminat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kerana mereka tiada maklumat mencukupi terutamanya dari aspek manifesto dan maklumat calon.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga katanya semakin cakna dengan keperluan OKU ketika hari mengundi namun akses kepada maklumat masih tidak begitu diberi perhatian khusus.
“Proses undi ini bukan sahaja hari mengundi tapi kempen di mana akses kepada maklumat merupakan perkara penting, yang mana kekurangan di bahagian OKU terutamanya OKU pendengaran, OKU penglihatan, mereka tak dapat akses maklumat-maklumat calon atau parti.
“Saya rasa ini mungkin perkara yang tak diambil berat untuk parti politik tapi ia penting kerana rakyat yang mengundi. Kena mengundi dengan ada maklumat.
“Mereka kena tahu apakah polisi-polisi atau manifesto sebelum mereka boleh buat pilihan siapa yang pengundi kena mengundi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi libat urus membabitkan Bersih dan golongan OKU di sini pada Sabtu.
Pendapat sama turut disuarakan Pengarah Eksekutif Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia (NCBM), Wong Yoon Loong yang turut mencadangkan golongan OKU dibenarkan untuk melakukan undi pos atau undi awal.
“Juga dari segi akses kepada maklumat, maksudnya segala maklumat diberikan semasa kempen, boleh diakses kepada semua golongan.
“Contohnya kena ada juru bahasa isyarat dan laman sesawang itu kena dibina mengikut Web Content Accessibility Guideline (WCAG) yang diterima di peringkat antarabangsa supaya senang OKU melayari maklumat yang terdapat di laman web,
“Bahkan, kita juga boleh buat versi mudah faham untuk mereka yang ada masalah pembelajaran,” ujarnya.
Dalam pada itu, Presiden Majlis Belia Orang Kurang Upaya Malaysia, Mohd Faiz Suhaimi berpendapat, kesedaran untuk menyediakan akses maklumat kepada OKU semakin meningkat namun masih ada ruang untuk penambahbaikan.
“Ada lebih banyak ruang untuk penambahbaikan, yang pastinya, bukan saja di peringkat media sosial tapi media utama tapi akses tersebut harus diberikan pada perangkat dasar.
“Apa yang saya lihat, setiap jabatan mempunyai kekurangan bahan hebahan sama ada yang berbentuk braille, atau juru bahasa isyarat kerana ini dua komponen OKU yang memerlukan bentuk sokongan sebegitu.
“Kemudian dari segi reka bentuk, penggunaan warna, perlulah guna warna yang sesuai untuk difahami komuniti seperti autism, maklumat itu perlu ringkas, tepat dan padat supaya boleh difahami OKU yang ada masalah pembelajaran,” katanya.
Astro Awani
Sat Jun 04 2022
Sebahagian daripada peserta dan ahli panel yang menyertai forum anjuran Bersih dan NCBM di sebuah hotel di ibu kota pada Sabtu.- Foto Astro AWANI
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
10 Berita Pilihan - (5 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [5/2/2025] – Siasatan Op Sky | Trump mahu Gaza | Pemulihan populasi Harimau Malaya | Laluan haram disekat
- Trump rancang ambil alih Gaza, paksa warga Palestin pindah negara luar
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa ini.
#AWANI Tonight 5 Feb 2025
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
AWANI Tonight: Trump's takeover plan will threaten regional stability
Trump's proposal for the U.S. to take over Gaza would displace millions of Palestinians, heighten tensions, and undermine the peace process, according to Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad from MyAqsa Foundation.
AWANI Tonight: Thailand cuts power to Myanmar border areas linked to fraud
Thailand will suspend electricity supply to certain border areas shared with Myanmar to curb scam operations, with further discussions to be held by Prime Minister Paetongtarn Shinawatra and the National Security Council.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.
Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.
15 PPDK di Wilayah Persekutuan terima peruntukan lebih RM700,000
Dana itu bagi memastikan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) mendapat sokongan sewajarnya untuk menjalani kehidupan lebih produktif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
Pemerkasaan OKU langkah penting ke arah masyarakat inklusif
Setiap individu, tanpa mengira kekurangan fizikal, mental atau deria, perlu diberikan peluang lebih besar untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai sektor.
ABIM saran orang ramai supaya lebih cakna, empati terhadap OKU
ABIM tuntut kerajaan dan swasta beri peluang pekerjaan kepada golongan OKU dengan sasaran satu peratus daripada keseluruhan pekerja.