KOTA BHARU:PAS akan mengadakan mesyuarat di peringkat parti itu bagi membincangkan kemelut politik yang berlaku di Perak selepas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti dewan menerusi usul undi percaya semalam.
Timbalan presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata beberapa perkara perlu dibincangkan terutama membabitkan kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).
"PAS sendiri tidak dibawa berbincang lebih awal oleh UMNO mengenai usul itu. Apa pun PAS yakin akan ada jalan penyelesaian yang akan diambil oleh UMNO berkaitan isu itu.
"PAS sendiri telah buat kenyataan rasmi berkaitan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa taman perumahan yang terjejas akibat banjir di Wakaf Stan, Kubang Kerian, di sini, hari ini.
Semalam PAS membuat ketetapan untuk tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri Perak yang baharu.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata PAS akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional.
Semalam, Ahmad Faizal gagal memperoleh sokongan dalam usul keyakinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.
Usul itu dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru) atas alasan untuk membuktikan Ahmad Faizal mempunyai sokongan padu daripada semua 59 ADUN sebagai seorang Menteri Besar.
DUN Perak merangkumi 25 ADUN Barisan Nasional yang kesemuanya UMNO, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3), PAS (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu.
Mengulas isu itu lagi Tuan Ibrahim berkata apa yang diharapkan agar kerajaan negeri yang bakal dibentuk itu bukannya kerajaan yang dikuasai oleh pembangkang.
"Ia harus kekal di bawah kerajaan PN. Ini perlu dijaga dan kalau ada apa masalah perlu ada perundingan bersama. Apa pun saya perlu menghormati UMNO dan yakin parti itu ada jalan penyelesaian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020

Tuan Ibrahim berkata beberapa perkara perlu dibincangkan terutama membabitkan kerjasama dengan UMNO dalam MN dan PN.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat
PAS melihat sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu semakin meningkat.

Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang
Pas menyelar kenyataan DAP mempertahankan dan yakin Teresa Kok tidak bersalah dalam membuat kenyataan berhubung isu halal.

"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.

Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam
Kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira keadaan pengusaha kantin sekolah yang kebanyakannya adalah warga emas dan pengusaha kecil-kecilan.

Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.

Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.