PUTRAJAYA: Pas akan membuat keputusan muktamad tentang hala tuju parti itu dalam Perikatan Nasional (PN) dalam tempoh yang terdekat, kata Pengerusi gabungan parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau telah diberi bayangan oleh pimpinan utama Pas dalam pertemuan mereka semalam tentang keputusan tersebut, selain kata putus Pas tentang apa sahaja bentuk kerjasama dengan UMNO.
“Saya telah diberi bayangan dalam tempoh terdekat, bahawa Pas akan buat keputusan muktamad, mengenai apakah hala tuju mereka dalam Perikatan Nasional, sama ada ada apa-apa lagi usaha yang nak dibuat dengan UMNO dan sebagainya.
“Mungkin cut-off date, that they want nothing to do with UMNO. Ini kita serah kepada mereka, kita dah bagi pandangan. Supaya kita tetap kukuh dalam gabungan, ambil pendirian yang sama, tidak ada pertembungan asalkan nak tentukan kemenangan (dalam Pilihan Raya Umum),” katanya lagi.
Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai catatan beliau mengenai perjumpaan bersama pimpinan utama Pas pada malam Isnin.
Pada 24 September lepas, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, semua parti komponen PN perlu sepakat bahawa musuh utama gabungan itu pada PRU15 adalah BN, selain mengingatkan parti komponen PN supaya bergerak sebagai satu pasukan dengan hala tuju yang sama.
Jelas Muhyiddin, parti-parti dalam PN tidak sepatutnya membuat kenyataan atau menyatakan pendirian yang bertentangan antara satu sama lain.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, parti itu tidak boleh menerima pendirian mana-mana pihak yang melabelkan kumpulan Melayu Islam yang lain sebagai musuh utama.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, pendirian sebegitu tidak dapat diterima apatah lagi melibatkan kedudukan dan kuasa orang Islam dalam pemerintahan sesebuah negara yang majoritinya umat Islam seperti Malaysia.
"Kenyataan seumpama itu dilihat tidak wajar dan janggal sekiranya pihak yang dilabelkan sebagai musuh utama tersebut adalah rakan muafakat dalam kerajaan yang dipimpin bersama,” katanya lagi.
Mengulas lebih lanjut, Muhyiddin berkata, pertemuan dengan pimpinan utama Pas yang diketuai Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam telah mengesahkan parti itu masih komited untuk bersama PN.
Selain itu, kata Muhyiddin, kenyataan beliau bahawa UMNO dan BN adalah musuh utama PN, tidak perlu dilihat dari sudut agama, tetapi lebih kepada musuh politik.
“Sebab itu dalam perbincangan itu, hubungan kita ini masih mantap, kukuh, mungkin (ada pihak) yang gelojoh, tak tahu. Yang lebih penting, perkembangan terkni, kita jelaskan hubungan kita, dalam kenyataan yang saya buat itu jangan disalah tafsir, kerana dalam PRU, dah tentu akan ada pertembungan antara parti.
“Saya sebagai Pengerusi PN akan bergantung pada keputusan PN. Bukan keputusan Pas. Kita akan bertembung dengan parti yang tak sehaluan dengan kita,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Sep 27 2022

Selain Muhyiddin Yassin (tengah) dan Abdul Hadi Awang (dua dari kiri), pertemuan malam tadi turut disertai pemimpin lain dari Pas dan Bersatu. - Gambar Facebook Muhyiddin Yassin
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat
PAS melihat sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu semakin meningkat.

Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang
Pas menyelar kenyataan DAP mempertahankan dan yakin Teresa Kok tidak bersalah dalam membuat kenyataan berhubung isu halal.

"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.

Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam
Kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira keadaan pengusaha kantin sekolah yang kebanyakannya adalah warga emas dan pengusaha kecil-kecilan.

Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.

Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.