KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dinamakan sebagai calon PAS bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Kecil (PRK).
Pengumuman mengenainya dibuat Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada ceramah perdana majlis pengisytiharan calon PAS PRK Kemaman di sini malam ini.
Samsuri, 53 yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang dan Naib Presiden PAS itu dijangka berdepan bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang diumumkan sebagai calon Barisan Nasional.
PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15(PRU15).
SPR menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon, manakala 28 Nov dan 2 Dis masing-masing bagi pengundian awal dan hari mengundi.
Pada PRU15 Che Alias menang kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi selepas memperoleh 65,714 undi, menewaskan Pengerusi UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi sekali gus menyaksikan PAS mendominasi kesemua 14 kerusi Parlimen di negeri berkenaan.
Dua lagi calon yang bertanding di kerusi itu pada PRU15 ialah Rosli Ab Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dengan masing-masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023
![Pas calonkan MB Terengganu pertahankan kerusi Parlimen Kemaman Pas calonkan MB Terengganu pertahankan kerusi Parlimen Kemaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699860198_AhmadSamsuriMokhta.jpg)
Pengumuman mengenainya dibuat Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada ceramah perdana majlis pengisytiharan calon PAS PRK Kemaman. - Gambar fail/Bernama
"Saya faham kenapa Polis menjalankan kerja secara profesional" - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan kepada polis sebelum 5 hari sebagai jaminan penganjur mengikuti syarat dan membersihkan kawasan selepas perhimpunan
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Ini yang terbaik dari Kerajaan MADANI"- PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan 5 hari sebelum perhimpunan adalah untuk pihak polis mengambil maklum menjaga keselamatan dan lalu lintas.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739415707_CheTa.jpg)
"Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana" - Che Ta
"Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba di atas dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat, Insya-Allah," kata Che Ta.
“Tindakan tidak akan diambil” - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar memberitahu siasatan terhadap perhimpunan anti rasuah yang melibatkan mahasiswa dan perhimpunan mogok lapar oleh SOSMA dihentikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
The Economy: Memastikan pertumbuhan saksama antara Wilayah
Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah di Kementerian Ekonomi, Dr. Mohammed Shaharin Umar, berbincang mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mencapai keseimbangan pembangunan. Diskusi mendalam tentang strategi dan inisiatif untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama antara wilayah di Malaysia.
![Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738640192_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar
Dengan pindaan itu, penganjur hanya perlu menghantar notis pemberitahuan atau pemakluman kepada polis lima hari sebelum perhimpunan itu diadakan.
AWANI Ringkas: 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739415150_LembagaAirPerak.jpg)
Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP
LAP berkata, bekalan air daripada kolam LAP akan ditutup apabila air kolam habis dan para pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya.
#AWANIRingkas 13 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Februari 2025
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
![Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739415796_HelikopterTentera.jpg)
Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera
Azalina berkata, banyak helikopter yang digunakan agensi kerajaan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia, berusia antara 12 dan 32 tahun.
![Petisyen BN ditolak, Che Alias kekal Ahli Parlimen Kemaman Petisyen BN ditolak, Che Alias kekal Ahli Parlimen Kemaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676204898_AhliParlimenKemama.jpg)
Petisyen BN ditolak, Che Alias kekal Ahli Parlimen Kemaman
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) dan mengekalkan kemenangan calon Pas Che Alias Hamid di Parlimen Kemaman pada PRU15.