Pas telah memilih seorang veteran pegawai tentera sebagai calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya di sini berkata, nama Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar dipersetujui oleh seluruh pimpinan Pas Pusat serta Majlis Syura untuk menjadi calon PRK Port Dickson.
Pengumuman ini sekaligus menepis spekulasi bahawa mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan bertanding atas tiket Pas.
"Calon Pas (Nazari), seperti yang dikatakan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), mungkin tidak mudah untuk menang tapi ia tidak mustahil.
"Tuan-tuan dan puan-puan pernah dengar pasukan bola sepak Brazil pernah kalah dengan Belgium? Atau Jerman kalah kepada Korea Selatan?
"Atau anda pernah dengar bahawa kancil kalah lumbah dengan kura-kura. Jadi tidak mustahil calon kita boleh kalahkan dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim)," katanya dalam majlis di Markas Pas di sini.
BACA: Pas umum bertanding PRK Port Dickson
Sementara itu, Nazari dalam ucapannya melahirkan rasa gembira kerana dipilih untuk mewakili Pas dalam PRK ini.
"PAS sudi pilih saya yang kecil ini. Saya bukanlah sehebat lawan saya namun saya yakin bahawa Allah bersama perjuangan kita," katanya.
PRK Port Dickson akan diadakan pada 13 Oktober ini manakala penamaan calon adalah pada Sabtu, 29 September dan hari undi awal adalah pada 9 September.
Setakat ini, lima nama telah mengesahkan bahawa mereka akan bertanding.
Mereka adalah calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nazari, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad atas tiket Bebas, Ahmad Kamarudin dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang lagi calon Bebas, Stevie Chan.
Dikatakan salah seorang bekas pemimpin reformasi, Datuk Mohd Ezam Mohd Nor juga akan bertanding atas tiket Bebas.
Jika Ezam sah bertanding, PRK Port Dickson bakal menyaksikan pertandingan enam penjuru.
Ahli Parlimen Port Dickson sebelum ini, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi tersebut pada 12 September lepas untuk memberi laluan kepada Anwar untuk kembali ke Dewan Rakyat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, Danyal memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 17,710 undi, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada Pas.
Ini adalah PRK keempat sejak PRU14. Tiga pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, DUN Seri Setia dan DUN Balakong, semuanya di Selangor.
Arfa Yunus
Thu Sep 27 2018
![Pas calonkan veteran tentera untuk lawan Anwar di Port Dickson Pas calonkan veteran tentera untuk lawan Anwar di Port Dickson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61538060362_TBcalonpasx.jpg)
Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (tengah) disetujui oleh seluruh pimpinan Pas untuk menjadi calon PRK berkenaan. - Foto Astro AWANI/Arfa Yunus
![MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739364988_Masis.jpg)
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
![Calon PRK DUN Slim: PH masih berbincang dengan Tun Mahathir Calon PRK DUN Slim: PH masih berbincang dengan Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81593523524_TBAnwarIbrahim.jpg)
Calon PRK DUN Slim: PH masih berbincang dengan Tun Mahathir
Anwar Ibrahim berkata perkara itu masih dibincangkan oleh PH dan bekas perdana menteri berkenaan, serta keputusan dijangka diumum Selasa ini.
![Pas kaji semula kerjasama dengan Berjasa - Abdul Hadi Pas kaji semula kerjasama dengan Berjasa - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51438091301_HADIAWANG.jpg)
Pas kaji semula kerjasama dengan Berjasa - Abdul Hadi
Ketika ini, Pas bekerjasama rapat dengan Berjasa dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang membentuk Gagasan Sejahtera.
![PRK Tanjung Piai: SPR pertimbang calon berusia 18 tahun PRK Tanjung Piai: SPR pertimbang calon berusia 18 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61542362268_AzharAzizanHarun.jpg)
PRK Tanjung Piai: SPR pertimbang calon berusia 18 tahun
Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata justeru satu program libat urus secara dwi parti akan diadakan dalam masa terdekat.