PAS Johor akan bermesyuarat malam ini bagi menentukan kedudukan muktamad lokasi Muktamar PAS Pusat kali ke-60 selepas pemilik lokasi asal yang menarik balik kebenaran penganjuran di Sutera Mall di Skudai memberi semula kebenarannya, lapor Harakahdaily.
"Malam ini PAS Johor akan adakan mesyuarat, dan mungkin keputusan lokasi muktamar akan diputuskan pada malam ini," kata Penolong Setiausaha 2 PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil seperti dipetik oleh portal berita itu.
Muktamar tahunan itu pada Isnin diumumkan berpindah ke Parit Raja, Batu Pahat selepas pemilik Sutera Mall memulangkan semula bayaran deposit yang telah dibayar sebelum ini.
Menurut laporan Harakahdaily, pemilik tapak di kawasan Sutera Mall memberikan semula kebenaran selepas beberapa siri perbincangan dan status akhir lokasi muktamar itu akan dibincangkan pada mesyuarat malam ini.
Muktamar PAS ke-60 dijadual akan berlangsung pada 18 hingga 20 September ini.
Sutera Mall sebelum ini dijadual jadi lokasi utama Muktamar PAS Pusat serta Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat. Muktamar Pemuda PAS pula akan diadakan di Kota Tinggi manakala Muktamar Dewan Ulamak diadakan di Kulai.
Ini adalah kali pertama muktamar PAS dianjurkan di Johor selepas sebelum ini diadakan di Kelantan dan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Astro Awani
Wed Sep 03 2014

Muktamar PAS ke-60 dijadual akan berlangsung pada 18 hingga 20 September ini

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Bekalan kelapa, santan di Johor kembali stabil - Exco
Bekalan kelapa dan santan di Johor kembali stabil selepas mengalami kekurangan pada awal tahun ini, kata Lee Ting Han.

13,095 pendatang tanpa izin ditahan di Johor tahun lepas - Imigresen
Sebanyak 13,095 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negeri ini bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis tahun lepas.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Polis Marin rampas barangan e-waste tidak sah bernilai lebih RM71 juta
Polis Marin Wilayah Dua berjaya merampas barang-barang berjadual e-waste yang dibawa dari luar negara secara tidak sah bernilai lebih RM71 juta.

JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.

Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.