ALOR SETAR: Pas Kedah tidak mempunyai masalah untuk bergerak menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tanpa UMNO sekiranya perkara tersebut diputuskan di peringkat kepimpinan Pas pusat.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, sebelum ini parti itu sudah biasa bergerak secara solo pada PRU yang lalu.
"Insya-Allah boleh (menghadapi PRU15)... kita mampu, yang lepas pun kita (boleh bergerak solo), kita (sudah) solo dari mula-mula dulu, tiada masalah," katanya pada sidang akhbar di Alor Setar pada Sabtu.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Jumaat bahawa Pas bersedia menghadapi PRU15 tanpa UMNO-BN selepas kemelut kedua-dua parti belum menemui jalan penyelesaian.
Jelas Menteri Besar Kedah itu, jentera Pas berada pada tahap terbaik untuk menghadapi PRU15 bila-bila masa sahaja bersama gabungan Perikatan Nasional (PN).
Dr Mohd Hayati yang juga Exco Kesihatan Negeri Kedah berkata, mereka bersedia dan akan akur pada setiap arahan yang akan ditetapkan oleh kepimpinan parti.
Sebelum itu, beliau menghadiri Program Gotong-Royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Negeri Kedah 2022 di Taman Wira Mergong, Alor Setar.
Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Othman Warijo dan Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 02 2022

Dr Mohd Hayati (dua dari kanan) menyempurnakan gimik perasmian Program Gotong- Royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Negeri Kedah 2022 di Taman Wira Mergong, Alor Setar pada Sabtu. -Foto Sinar Harian

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.

ADUN Belantek Mohd Isa meninggal dunia
Menurut Ahmad Tarmizi, Mohd Isa dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang.

Sanusi sudah serah wang saman kepada peguam
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau sudah menyerahkan wang kepada peguamnya untuk membayar saman fitnah terhadap Datuk Mahfuz Omar minggu lalu.

PRU15: Pas sah tanding 8 kerusi, Bersatu 7 kerusi di Kedah - Sanusi
Penghargaan kepada pimpinan tertinggi komponen parti yang berjaya menyelesaikan soal pembahagian kerusi dengan tiga kali perbincangan.

Pas Kedah tiada masalah jika bergerak tanpa UMNO
Mohd Hayati berkata, sebelum ini parti itu sudah biasa bergerak secara solo pada PRU yang lalu.

PRU15: UMNO berkeyakinan tinggi menang di Kedah- Mahdzir
UMNO Kedah mempunyai keyakinan tinggi untuk menang dan merampas semula negeri Kedah dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Pas tidak pernah cari pasal, khianat UMNO di Kedah - Sanusi
Katanya, setiap tindakan juga dilakukan dengan berhemah agar kepimpinan UMNO di peringkat negeri tidak berkecil hati.

Tiada masalah hubungan Pas-UMNO-Bersatu di Kedah
Hubungan Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri Kedah kekal berada dalam keadaan yang sangat baik meskipun pelbagai isu yang timbul di peringkat nasional.

Muhammad Sanusi angkat sumpah MB Kedah ke-14
Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 dalam satu majlis yang berlangsung di Wisma Darul Aman pada Ahad.

Pas sedia tadbir Kedah, ganti kerajaan PH, Bersatu
Pas Kedah yakin untuk ambil alih pentadbiran negeri itu daripada kerajaan Pakatan Harapan campur Bersatu yang kini dipimpin Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pas Kedah umum bertanding 36 kerusi DUN, 15 Parlimen
PAS Kedah hari ini mengumumkan parti itu akan bertanding bagi semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 15 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.