Pas Kelantan tidak pernah mencadangkan calon import atau calon luar untuk bertanding di negeri ini.
Sebaliknya, ketetapan meletakkan calon luar di Kelantan diputuskan oleh kepimpinan Pas Pusat dan Majlis Syura Ulamak.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, dari dahulu lagi Pas Kelantan hanya menamakan calon tempatan untuk bertanding sama ada di kerusi Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Orang luar ini, biasanya (Pas) Pusat yang cadangkan, bukan kita. Pas Pusat akan mencadangkan jika ada keperluan dan perkara itu akan dibincangkan dengan Pesuruhjaya Pas Negeri.
"Itu kaedah yang diambil. Kita tidak sembunyi apa-apa tentang pengambilan calon luar," kata Mohd Amar ketika ditemui selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan di sini, hari ini.
Beliau turut menjelaskan, pengumuman nama calon yang akan bertanding dijangka akan dibuat Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Ahmad Yakob dalam tempoh seminggu lagi.
Beliau tidak menolak kemungkinan pengumuman itu dibuat serentak dengan Pas Pusat.
Katanya, Pas juga tidak menghantar senarai nama calon kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tapisan, sebaliknya tapisan dibuat hanya melalui Majlis Syura Ulamak.
Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkemungkinan bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Muhafandi Muhamad
Tue Apr 10 2018

MOHD AMAR: Dari dahulu lagi, Pas Kelantan hanya menamakan calon tempatan untuk bertanding sama ada di kerusi Parlimen ataupun DUN. - Astro AWANI/Fail

LaLiga: Atletico Madrid terima padah persembahan buruk
Getafe memanfaatkan kad merah Angel Correa yang mengangkat tinggi kakinya selepas Alexander Sorloth melakukan sepakan penalti.

EPL: Arsenal sedia kibar bendera putih
The Gunners kini ketinggalan 15 mata di belakang Liverpool, dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Lapor serangan seksual: Mangsa OKU perlu lebih sokongan, bantuan - CPS KL
Bagi mangsa, perasaan malu mungkin menebal kerana merasakan apa yang terjadi itu mengaibkan dan ada juga yang menyalahkan diri sendiri.
Mogok pekerja: hampir 300 penerbangan terjejas di Hamburg
Hampir 300 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lapangan Terbang Hamburg pada Ahad selepas pekerja perkhidmatan darat melancarkan mogok tanpa notis awal.
Pasca perang : pemimpin Syria ikrar tumpaskan pemberontak Pro-Assad
Pemimpin baharu Syria, Ahmed Sharaa, berikrar untuk memburu pihak yang terlibat dalam pertempuran ganas antara penyokong setia bekas Presiden Bashar al-Assad dan kerajaan baharu negara itu.
Perang di Ukraine: tentera Rusia kuasai tiga penempatan baharu di Kursk
Tentera Rusia pada Ahad berjaya menawan semula tiga lagi penempatan di wilayah barat Kursk dalam usaha mengusir pasukan Ukraine yang menguasai sebahagian wilayah itu sejak tujuh bulan lalu susulan pencerobohan rentas sempadan.

Casteels angkat kaki, protes kepulangan Courtois
Casteels berang dengan tindakan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (KBVB) yang dilihat membuka pintu seluas-luasnya untuk Courtois.

EPL: Manchester United tak rela dicop 'park the bus'
Walaupun mendahului dalam babak pertama, mereka akhirnya terpaksa berpuas hati apabila Declan Rice menyamakan kedudukan.
Gencata senjata: Israel henti bekalan elektrik ke Gaza, tekan Hamas
Israel pada Ahad mengumumkan akan menghentikan bekalan elektrik ke Gaza.
Gencatan senjata: A.S dan Hamas runding bebas tebusan di Gaza
Pemimpin Hamas mengadakan beberapa pertemuan dengan perunding tebusan Amerika Syarikat, Adam Boehler, bagi membincangkan pembebasan seorang tahanan Amerika-Israel yang ditahan oleh kumpulan itu di Gaza.

PRN: Majlis Syura Ulama mesyuarat minggu depan, tapis calon Pas
Katanya, soal pembahagian kerusi sudah selesai dan tiada sebarang masalah besar berkenaan perkara itu.

Muktamar Pas lulus usul memeterai perjanjian politik dengan UMNO
Usul itu dibentang oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Mohd Asri Mat Daud, yang kemudiannya dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan.

Majlis Syura Ulama Pas bermesyuarat malam ini
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat tersebut akan dipengerusikan sendiri Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

'Pas Kelantan tak pernah cadangkan calon luar' - Mohd Amar
Pas Kelantan tidak pernah mencadangkan calon import atau calon luar untuk bertanding di negeri itu.

PKR tidak hormati kerjasama punca tahaluf siyasi dinilai semula
Keputusan akhir berhubung perkara ini akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama.

Tugas Mursyidul Am PAS dipangku sementara Ahmad Yakob
Tugas Mursyidul Am PAS akan dipangku sementara oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakob berikutan kematian Allahyarham Datuk Dr Haron Din pada Jumaat.

PAS Johor akur keputusan MSU berhubung kerjasama dengan DAP negeri
Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyatakan hasrat untuk bertemu dengan kepimpinan DAP di negeri itu bagi mengeratkan kembali hubungan.

PAS diingat kembali kepada kepimpinan ulama supaya tak ditelan 'babi'
PAS diingatkan supaya berhati-hati dalam melaksanakan tahaluf siyasi supaya perjuangan parti itu tidak tersasar dari dasar sebenar.

Keputusan rayuan Saari dan Hasnul diketahui hari ini
Keputusan rayuan dua ahli Dewan Negeri (Adun) PAS, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin akan diketahui pada mesyuarat Majlis Syura Ulama hari ini.

Pas belum nampak matlamat jelas Pasma - Hadi
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata penubuhan Pasma adalah di luar pengetahuan pihaknya dan beliau sendiri masih kabur dengan matlamatnya.