Tindakan PAS yang bermusuhan dengan DAP dan tidak menyertai Pakatan Harapan berkemungkinan akan memberikan kelebihan kepada UMNO Pulau Pinang dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata UMNO negeri bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk pertandingan dua, tiga atau empat penjuru dalam satu kawasan.
Pakatan Harapan dianggotai oleh DAP, PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"UMNO sebagai parti yang telah melibatkan diri dalam Pilihan Raya sebanyak 13 kali sejak negara merdeka sudah tentu ada pengalaman. Kita mungkin akan ada kelebihan terpulang kepada tempat yang kita bertanding," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di Tasek Gelugor di sini hari ini.
Zainal Abidin berkata demikian ketika ditanya kemungkinan UMNO akan berdepan pertandingan tiga penjuru berikutan PAS yang kini bermusuhan dengan DAP dan juga PKR.
Namun Zainal Abidin berkata UMNO negeri harus menerima hakikat bahawa sokongan kaum bukan Melayu di Pulau Pinang terhadap parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) agak tidak memberangsangkan.
Beliau berharap pemikiran kaum bukan Melayu negeri akan berubah semasa PRU14.
Sekiranya pemikiran mereka tidak berubah, BN akan melancarkan strategi ''menafikan majoriti dua-pertiga" supaya kerajaan negeri ini tidak diberi kuasa mutlak untuk melakukan apa sahaja, kata beliau.
Pada 2015, PAS telah memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP dan kini Muktamar PAS ke-63 yang sedang bersidang di Alor Setar, secara sebulat suara pula meluluskan usul memutuskan kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 30 2017
![Pas keluar Pakatan Harapan mungkin beri kelebihan kepada UMNO - Zainal Abidin Pas keluar Pakatan Harapan mungkin beri kelebihan kepada UMNO - Zainal Abidin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61491838898_ZainalAbidinOsman.jpg)
Zainal Abidin berkata UMNO negeri bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk pertandingan dua, tiga atau empat penjuru dalam satu kawasan. -Gambar fail
![Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739250918_tbGazaCity.jpg)
Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza
Seorang pegawai Palestin memberi amaran pada Isnin bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pertukaran tahanan berisiko terjejas, lapor Anadolu Ajansi.
![Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739251963_TBBADMINTON.jpg)
Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.
Hong Kong bantah tarif Amerika Syarikat, akan bawa ke WTO
Hong Kong akan mengemukakan aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai tarif terbaru yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, menurut Ketua Setiausaha Eric Chan pada Selasa.
Beliau menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat jelas bertentangan dengan peraturan WTO dan mengabaikan status Hong Kong sebagai wilayah kastam yang berasingan.
Beliau menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat jelas bertentangan dengan peraturan WTO dan mengabaikan status Hong Kong sebagai wilayah kastam yang berasingan.
![Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739250651_ElakMaksiatPDKh.jpg)
Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.
Peranan Ibu Bapa & Guru Penting
Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendorong minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), kata Prof. Madya Dr. Noraini Ahmad dari Universiti Malaya.
Menurut beliau, sokongan ibu bapa sangat diperlukan, walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang STEM.
Menurut beliau, sokongan ibu bapa sangat diperlukan, walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang STEM.
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
Sebanyak dua kedai makan dan sebuah kedai runcit musnah dalam kebakaran di Jalan Institut Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan pada Isnin malam.
![Suami isteri selamat daripada 6 das tembakan, Man Tiger diberkas Suami isteri selamat daripada 6 das tembakan, Man Tiger diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739250388_SuamiIsteriSelama.jpg)
Suami isteri selamat daripada 6 das tembakan, Man Tiger diberkas
Man Tiger ditahan manakala tujuh lagi diburu kerana disyaki terbabit dalam kejadian kes melepaskan enam das tembakan di Simpang Renggam.
Polis beri jaminan keselamatan, trafik lancar di Batu Caves
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan kelancaran trafik pada sambutan Thaipusam pada selasa susulan penugasan anggota di sekitar Batu Caves dilaksanakan secara 24 jam.
Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di kompleks Perdana Putra hari ini di Putrajaya.
![Kemuka dokumen palsu, pengarah syarikat direman Kemuka dokumen palsu, pengarah syarikat direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739251028_HandcuffGari.jpg)
Kemuka dokumen palsu, pengarah syarikat direman
Perintah reman sehingga Sabtu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas permohonan dibuat Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
![Penubuhan kerajaan hari ini berasaskan rundingan terbuka, keabsahannya dibuktikan Penubuhan kerajaan hari ini berasaskan rundingan terbuka, keabsahannya dibuktikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721568216_AdamAdli.jpg)
Penubuhan kerajaan hari ini berasaskan rundingan terbuka, keabsahannya dibuktikan
Penubuhan kerajaan hari ini adalah jelas berasaskan rundingan terbuka yang diikuti rapat oleh semua pemerhati sejak hari pertama dan keabsahannya juga telah dibuktikan.
![Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726637395_TuanIbrahim.jpg)
Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.
![Muktamar Pas: Biarlah dia cari dosa kering - Ahmad Zahid Muktamar Pas: Biarlah dia cari dosa kering - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726571151_ZahidHamidi.jpg)
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
![Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726559140_HadiAwang.jpg)
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
![Kalau PH, BN kekal bersama di Pahang, mereka akan terus hanyut - Andansura Rabu Kalau PH, BN kekal bersama di Pahang, mereka akan terus hanyut - Andansura Rabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726375332_MuktamarPASPC.jpg)
Kalau PH, BN kekal bersama di Pahang, mereka akan terus hanyut - Andansura Rabu
Andansura Rabu berkata, di peringkat akar umbi, ramai anggota BN menolak kerjasama dengan PH.
![Pas lulus usul pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti Pas lulus usul pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726326099_TBTAKI.jpg)
Pas lulus usul pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti
Muktamar Pas ke-70 hari ini sebulat suara meluluskan tujuh usul pindaan perlembagaan parti itu termasuk mewujudkan peruntukan yang jelas dan tegas berkaitan isu anti lompat parti.
![Muktamar Pas: Enam usul penting dibentang esok Muktamar Pas: Enam usul penting dibentang esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726310555_tbFadhliShaari.jpg)
Muktamar Pas: Enam usul penting dibentang esok
Enam usul penting meliputi isu politik, antarabangsa dan ekonomi akan dibentang pada sesi muktamar esok.
![Pemimpin Pas bukan malaikat, terbuka terima teguran perwakilan - Ahmad Fadhli Pemimpin Pas bukan malaikat, terbuka terima teguran perwakilan - Ahmad Fadhli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726308731_TBAhmadFadhli.jpg)
Pemimpin Pas bukan malaikat, terbuka terima teguran perwakilan - Ahmad Fadhli
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengakui kepimpinan parti itu tidak sempurna dan sentiasa terbuka menerima teguran daripada ahli serta perwakilan.
![Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726291341_AbdulHadiAwang.jpg)
Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi
Pas menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).
![Muktamar Pas: SG4 bantu jayakan agenda nasional - Abdul Hadi Muktamar Pas: SG4 bantu jayakan agenda nasional - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726288375_MuktamarPAS.jpg)
Muktamar Pas: SG4 bantu jayakan agenda nasional - Abdul Hadi
Fungsi penubuhan SG4 dalam kalangan empat negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) adalah untuk bersama menjayakan agenda nasional.