SHAH ALAM: “Pengasas Muafakat Nasional (MN) adalah saya,” kata Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Tajuddin mengakui orang Melayu Bersatu sebab MN dengan program yang dimulakannya di Kampung Gajah, Sungai Manik, Kimanis, Tanjung Piai dan Dataran Merdeka
“Sebelum ini kita berpecah belah, kita bermusuhan selama 60 tahun lebih, tiba-tiba kita boleh berpelukan antara Pas dan UMNO itu dulu, saya ingatkan jaga baik-baik, kita tak jaga masing-masing, saya kata tak payah masuk kerajaan Dr Mahathir, jangan masuk kerajaan Muhyiddin sebab kita dah kuat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian siri ke-370 ‘Demi Rakyat atau Kuasa’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.
Turut menjadi panelis Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Siti Aishah Shaikh Ismail dan Timbalan Ketua Ameerah Malaysia, Mardhiyyah Johari manakala Ismail Adnan bertindak selaku moderator.
Jelas Tajuddin, kekuatan dua blok parti terbesar Melayu Islam terbukti apabila gabungan itu berjaya memenangi beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK).
“Tetapi oleh kerana kita kalah dengan godaan syaitan, kita nak Tan Sri, kita nak Datuk Seri, nak jadi Menteri, Timbalan Menteri apa dah jadi? Percayalah UMNO kita boleh solo tetapi Pas kuat kerana UMNO,” jelas beliau.
Menurut lagi, keputusan Pas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah merugikan kerana parti itu masih baharu dan tiada pengalaman.
“Kalau nak dengan Bersatu, Bersatu tiada ‘network’, tiada infrastruktur tiada kekuatan... rugi, fikir baik-baik yang mana nak diutamakan?
“Pas membawa falsafah Haji Hadi, ohh kita memilih mudarat yang sedikit daripada mudarat yang besar antara Pas dengan UMNO, Pas dengan Bersatu mana mudarat lebih?
Sementara itu, Tajuddin turut mengibaratkan Pas seperti kacang lupakan kulit kerana mementingkan parti yang tidak pernah membantunya selama ini.
“Hari ini pun siapa yang mengasaskan UMNO dengan Pas, kenapa pilih Bersatu, kalau nak isteri dua atau tiga, pertama tu yang diutamakan, ini isteri kedua dan ketiga diutamakan,” ujarnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 18 2022

Tajuddin mengakui orang Melayu Bersatu sebab MN dengan program yang dimulakannya di Kampung Gajah, Sungai Manik, Kimanis, Tanjung Piai dan Dataran Merdeka - Gambar fail/BERNAMA

Malaysia terus pantau situasi perdagangan global, nilai implikasi ke atas ekonomi negara - Liew
Kerajaan terus memantau situasi perdagangan global dalam mendepani perubahan dasar perdagangan agresif oleh Amerika Syarikat (AS) dan menilai implikasinya ke atas perkembangan ekonomi negara.
Agenda AWANI: E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik – TKSU Kementerian Perpaduan Negara
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud berkata sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat. Jelasnya, sistem berkenaan turut memantau isu-isu sensitif yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin tempatan. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza: Wujudkan kerajaan teknorat Gaza, jamin pembangunan mampan – Pengarah IEIJS
Pengarah Institut Kecemerlangan Pangajian Baitulmaqdis (IEIJS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya. Dr. Aminurraasyid Yatiban berkata sebuah kerajaan teknokrat di Palestin perlu diwujudkan untuk memastikan pembangunan semula Gaza yang lebih mampan. Jelasnya, Palestin tidak miskin tokoh dalam pelbagai kepakaran yang berupaya memimpin pembangunan wilayah terkepung itu. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Kementerian Perpaduan Negara ketengahkan etnik Portugis, Chetti demi meraikan kepelbagaian - TKSU
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud berkata Kementerian Perpaduan Negara mengambil inisiatif mengetengahkan etnik-etnik minoriti dalam negara seperti etnik Portugis dan Chetti di Melaka. Jelasnya, langkah ini bagi memastikan kaum-kaum majoriti turut menghargai kepelbagaian yang sedia-ada di Malaysia. #AgendaAWANI

Konsep Negara Bangsa jadi fokus KPN bentuk masyarakat bersatu padu
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memilih tema 'Harmoni Dalam Kepelbagaian' dan Konsep Negara Bangsa sebagai fokus utama tahun ini.
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Pengarah Institut Kecemerlangan Pangajian Baitulmaqdis (IEIJS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya. Dr. Aminurraasyid Yatiban berkata bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza. Jelasnya, masyarakat awam Arab sememangnya tidak berbelah bahagi menyokong pembelaan nasib rakyat Palestin. #AgendaAWANI
AWANI 7:45 [12/3/2025] – Henti polemikkan isu 3R | Sindiket pendaftaran kelahiran | Bukan bailout | Bukan lagi lubuk rezeki
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Pemimpin politik perlu berhenti jadi badut, titah Sultan Pahang
-Rasuah daftar keahlian: Penjawat awam, pengamal perubatan dan undang-undang ditahan
-Suntikan RM1.1 bilion untuk Sapura energy bukan 'bailout' tetapi pelaburan
-Pengasuh didakwa bunuh kanak-kanak tiga tahun
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Pemimpin politik perlu berhenti jadi badut, titah Sultan Pahang
-Rasuah daftar keahlian: Penjawat awam, pengamal perubatan dan undang-undang ditahan
-Suntikan RM1.1 bilion untuk Sapura energy bukan 'bailout' tetapi pelaburan
-Pengasuh didakwa bunuh kanak-kanak tiga tahun
AWANI Ringkas: 12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Noh Omar dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional
Mesyuarat Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) yang diadakan pada 20 Jun lalu telah bersetuju melantik Tan Sri Noh Omar sebagai Timbalan Presiden.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).

Saranan hidupkan semula kerjasama UMNO-Pas melalui MN tidak ikhlas - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan saranan Pas supaya kerjasama antara kedua-dua parti melalui Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai tidak ikhlas.

PRN: MN Negeri Sembilan rancang buat siri laporan polis terhadap pemimpin kerajaan
Beberapa siri laporan polis terhadap pimpinan Kerajaan Perpaduan akan dibuat bermula hari ini atas dakwaan menyalahgunakan kedudukan dan jentera kerajaan bagi tujuan kempen pilihan raya negeri (PRN).

Keahlian diterima, Annuar Musa kini sah ahli Pas
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh itu turut menerima sijil keahlian Perikatan Nasional (PN) daripada presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan Perpaduan tidak boleh gagal seperti Muafakat Nasional
Kegagalan Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas harus dijadikan pengajaran agar tidak berulang dalam Kerajaan Perpaduan.