IPOH:Pas Perak menzahirkan komitmen untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negeri itu susulan kemelut politik yang berlaku ketika ini, kata Pesuruhjayanya Razman Zakaria.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol itu berkata ini berdasarkan keputusan pucuk pimpinan untuk menyokong kerajaan yang telah dibina bersama atas permuafakatan antara Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO.
"Mantan Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) telah menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Tuanku bertitah supaya terima mana-mana calon (Menteri Besar), jadi kita telah setuju untuk mempertahankan kerajaan PN yang telah kita persetujui bersama.
"Hubungan antara Pas dan UMNO juga seperti biasa. Prinsip Pas bahawa kita tidak akan bersama Bersatu sahaja tanpa UMNO dan tidak akan bersama UMNO sahaja tanpa Bersatu," katanya kepada pemberita selepas sidang media Ahmad Faizal di kediaman lama Menteri Besar di sini semalam.
Terdahulu, dalam sidang media itu, Ahmad Faizal mengumumkan bahawa beliau telah menyembahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar dan seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kepada Sultan Nazrin ketika menghadap baginda di Istana Kinta di sini pada kira-kira 3 petang semalam.
Ditanya sama ada krisis yang berlaku ketika ini hanya akan membawa kepada pertukaran Menteri Besar, Razman berkata perkara itu terserah kepada interpretasi masing-masing.
"Terserahlah sama ada pertukaran Menteri Besar itu hendak diinterpretasikan sebagai kejatuhan kerajaan tetapi hakikatnya, apabila Menteri Besar turun maka semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga turun dan seolah-olah ada kerajaan baharu.
"Peletakan jawatan Ahmad Faizal mengikut perlembagaan secara automatik menyebabkan barisan exco kerajaan negeri juga tergugur secara bersama, jadi Perak kini tidak mempunyai kerajaan dan kita tunggu titah Tuanku siapa yang mempunyai majoriti untuk dilantik menjadi kerajaan," katanya.
Semalam, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang gagal memperoleh sokongan dalam usul undi percaya ahli Dewan kepada Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila hanya mendapat 10 undi berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.
Usul itu dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru) atas alasan mahu membuktikan Ahmad Faizal mempunyai sokongan padu daripada semua 59 ADUN sebagai seorang Menteri Besar.
DUN Perak merangkumi 25 ADUN Barisan Nasional yang kesemuanya UMNO, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3), PAS (3) manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020
![Pas Perak akan pertahan kerajaan PN Pas Perak akan pertahan kerajaan PN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41601728772_TBRazmanZakaria.jpg)
RAZMAN: Peletakan jawatan Ahmad Faizal menyebabkan barisan exco kerajaan negeri juga tergugur, jadi Perak kini tidak mempunyai kerajaan. - Gambar fail
![Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739960155_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.
![Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739955253_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.
![KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739959779_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.
![Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734154906_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
![Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692948903_TanSriMuhyiddinYa.jpg)
Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.
![Hantaran isu 3R: MCMC ambil keterangan Razman Hantaran isu 3R: MCMC ambil keterangan Razman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712146249_TBMCMCLogo.jpg)
Hantaran isu 3R: MCMC ambil keterangan Razman
Pasukan penguat kuasa MCMC hari ini telah mengambil keterangan pentadbir akaun Facebook itu dan menyita kelengkapan komunikasi miliknya.
![Polis panggil dua ADUN Pas bagi keterangan himpunan di Menara Condong Polis panggil dua ADUN Pas bagi keterangan himpunan di Menara Condong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730193917_AziziMatAris.jpg)
Polis panggil dua ADUN Pas bagi keterangan himpunan di Menara Condong
Dua ADUN Pas dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan.
![Isu perkataan kafir, Pesuruhjaya Pas Perak dipanggil bantu siasatan Isu perkataan kafir, Pesuruhjaya Pas Perak dipanggil bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716440580_Razman.jpg)
Isu perkataan kafir, Pesuruhjaya Pas Perak dipanggil bantu siasatan
Razman menjelaskan beliau diambil keterangan selepas dipanggil pihak polis susulan laporan dibuat Setiausaha Politik Menteri Pendidikan.
![Rayuan Pesuruhjaya Pas Perak berhubung bayaran ganti rugi RM250,000 kepada Lim, ditolak Rayuan Pesuruhjaya Pas Perak berhubung bayaran ganti rugi RM250,000 kepada Lim, ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/71525957481_RAZMANZAKARIA.jpg)
Rayuan Pesuruhjaya Pas Perak berhubung bayaran ganti rugi RM250,000 kepada Lim, ditolak
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria membayar ganti rugi RM250,000 kepada Lim Guan Eng.
![PRN: Pas Perak 'all out' tumpu bantu jentera di Selangor, Pulau Pinang PRN: Pas Perak 'all out' tumpu bantu jentera di Selangor, Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686126182_TBPAS.jpg)
PRN: Pas Perak 'all out' tumpu bantu jentera di Selangor, Pulau Pinang
Pas Perak akan berjuang sehabis baik membantu dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
![Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686120169_MenteriBesarPerak.jpg)
Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani
Kerajaan Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang membabitkan tanah rizab Melayu di negeri itu.
![Tanah rizab Melayu: Ketua Pembangkang Perak lapor SPRM Tanah rizab Melayu: Ketua Pembangkang Perak lapor SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686118667_TanahRizabMelayu.jpg)
Tanah rizab Melayu: Ketua Pembangkang Perak lapor SPRM
Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pengurusan tanah rizab Melayu di negeri ini.
!['Pertukaran kerajaan tak ganggu kemasukan pelabur' - Razman 'Pertukaran kerajaan tak ganggu kemasukan pelabur' - Razman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684741937_pertukarankerajaan.jpg)
'Pertukaran kerajaan tak ganggu kemasukan pelabur' - Razman
Perubahan tampuk pentadbiran di mana-mana kerajaan negeri bukan sesuatu yang asing sebaliknya ia disifatkan sebagai perkara biasa dalam negara ini, kata Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.
![Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684722380_KerajaanPerak.jpg)
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.