IPOH:Pas Perak belum menerima secara rasmi titah menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berhubung situasi politik di negeri itu.
Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria berkata pihaknya akan menghadap Sultan Nazrin apabila dititahkan secara rasmi berbuat demikian.
"Setakat ini kami (Pas Perak) belum terima lagi secara rasmi titah menghadap tuanku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Semalam, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu telah mengarahkan semua tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di Perak supaya hadir menghadap setelah menerima titah rasmi daripada Sultan Nazrin.
Selain Razman yang juga ADUN Gunung Semanggol, dua lagi wakil rakyat Pas adalah Mohd Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah).
Semalam, Razman berkata pihaknya membatalkan majlis menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta di sini yang dijadual pada 3 petang atas arahan pucuk pimpinan parti.
BACA: Politik Perak: KJ harap rundingan UMNO dengan Pas, Bersatu disegera
BACA: Pas Perak akan patuhi keputusan Pas Pusat - Razman Zakaria
Selain PAS, Bersatu juga tidak menghadap Sultan Nazrin semalam dan menurut Pengerusi Bersatu Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pihaknya belum menerima titah secara rasmi untuk menghadap Sultan Perak.
Terdahulu, Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata Sultan Nazrin menitahkan wakil daripada ADUN Bersatu dan Pas negeri untuk menghadap baginda berhubung kemelut politik negeri.
Mohd Annuar dilaporkan berkata istana menunggu wakil daripada kedua-dua parti untuk menghadap Sultan Nazrin pada bila-bila masa bagi mendengar pendirian mereka tentang penubuhan kerajaan negeri yang baharu.
Kemelut politik Perak tercetus selepas Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang gagal mendapat sokongan dalam usul undi kepercayaan majoriti ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Jumaat lalu.
Menerusi usul yang dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru), Ahmad Faizal hanya mendapat sokongan 10 undi berbanding 48 menentang manakala satu berkecuali dan mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar bersama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sehari selepas itu.
BACA: [LAPOR LANGSUNG]: Tiada parti politik miliki majoriti mudah di Perak
Setakat ini, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak Datuk Saarani Mohamad; pimpinan Pakatan Harapan iaitu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Parti Amanah Negara Perak, Datuk Asmuni Awi serta ADUN Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim telah menghadap Sultan Nazrin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 09 2020

Semalam, Razman berkata pihaknya membatalkan majlis menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta yang dijadual pada 3 petang atas arahan pucuk pimpinan parti.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat
PAS melihat sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu semakin meningkat.

Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang
Pas menyelar kenyataan DAP mempertahankan dan yakin Teresa Kok tidak bersalah dalam membuat kenyataan berhubung isu halal.

"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.

Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam
Kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira keadaan pengusaha kantin sekolah yang kebanyakannya adalah warga emas dan pengusaha kecil-kecilan.

Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.

Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.