KUALA LUMPUR: Hubungan dan hala tuju Pas sebagai parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dijangka menjadi topik hangat dalam muktamar tahunan parti itu, hujung minggu ini.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu mendapat perhatian susulan prestasi memberangsangkan Pas dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini.
Malah beliau turut memberi jaminan bahawa kepimpinan parti tidak mengehadkan perbahasan berkaitan isu berbangkit selagi tidak melanggar dan bercanggah dengan syarak.
“Ada beberapa perkara besar yang akan dibahaskan antaranya kedudukan Pas sebagai pembangkang, berbanding sebelum ini dalam kerajaan.
“Saya juga jangka perbahasan turut berkait situasi geopolitik yang berlaku di Gaza (Palestin), peperangan Ukraine dan impak kepada ekonomi negara serta masa depan Pas sebagai komponen PN.
“Oleh kerana kita bukan kerajaan, sebahagian yang dibawa itu nanti akan menjadi satu cadangan dan desakan kepada kerajaan dalam konteks pentadbiran negara,” katanya kepada Sinar Harian.
Muktamar Tahunan Pas ke-69 dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober ini di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.
Dalam pada itu Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, beberapa usul melibatkan kerjasama dan prospek pembangunan ekonomi di empat negeri diterajui PN turut menjadi fokus perbahasan.
“Muktamar kali ini diadakan selepas beberapa siri pilihan raya dan secara tidak langsung, beberapa perkara berkaitan akan dibangkitkan.
“Sebab itu saya lihat muktamar ini antara usaha memperkukuhkan PN, dibawa dalam satu mekanisme kerana kita dapati selepas post-mortem pilihan raya, wujud beberapa perkara yang perlu penambahbaikan khususnya untuk mencapai sasaran,” ujarnya.
Mengenai permuafakatan politik antara rakan-rakan parti dalam PN, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka itu menjelaskan, ahli Pas memahami dasar permuafakatan politik yang wujud dalam perikatan itu.
Malah beliau menegaskan, parti itu akan mempertahankan janji dan komitmen kepada akar umbi serta pengundi.
“Kita bergerak sebagai satu pasukan walaupun Pas dominasi dalam keputusan pilihan raya. Namun tanpa kerjasama antara parti dalam PN, kita tidak mungkin capai ke tahap ini.
“Termasuk juga Gerakan (Parti Gerakan Rakyat Malaysia), walaupun hanya ada satu kerusi tetapi peranan mereka (serta) sokongan Dewan Himpunan Penyokong Pas dan ahli bersekutu dalam Bersatu, itu amat penting,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 19 2023

Hubungan dan hala tuju Pas sebagai parti komponen dalam Perikatan Nasional dijangka menjadi topik hangat dalam muktamar tahunan parti itu, hujung minggu ini, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pas-PN dijangka jadi topik hangat
Hubungan dan hala tuju Pas sebagai parti komponen PN dijangka menjadi topik hangat dalam muktamar tahunan parti itu, hujung minggu ini.