KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mempertimbangkan cadangan agar Datuk Seri Mohamad Hasan menggantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menerajui UMNO dan memangku tugas Presiden UMNO sehingga Pilihan Raya Umum Ke- 16 (PRU16).
Langkah tersebut, menurut penganalisis politik, Mohammad Tawfik Yaakub adalah bagi memastikan kestabilan kerajaan sehingga PRU akan datang.
Selain itu, beliau berpandangan Mohamad yang juga dikenali sebagai Tok Mat perlu menggantikan Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri.
"Namun, saya melihat Ahmad Zahid tidak semudahnya akan berundur walaupun ada desakan daripada pelbagai pihak.
"Ia melainkan Ahmad Zahid dan Tok Mat sepakat bersama untuk berundur bagi memberi ruang pemulihan kepada UMNO sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengambil contoh ketika Tok Mat mengetuai Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dan Tanjung Piai, Mohammad Tawfik menambah pencapaian UMNO-Barisan Nasional (BN) sangat cemerlang sehingga kedua-dua kawasan tersebut dimenangi BN.
Ujar beliau lagi, jika Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk masih kekal sebagai Presiden, Pakatan Harapan (PH) akan turut menerima tempias daripada kesan yang dialami oleh UMNO-BN.
"Apatah lagi negara akan berhadapan dengan PRK Pulai, Simpang Jeram, dan negeri Sabah selepas ini.
"Justeru 'pendarahan politik' yang sedang dialami oleh UMNO perlu dihentikan segera kerana bukan sahaja boleh melemahkan UMNO-BN tetapi akan mewujudkan beban kepada PH," katanya.
Dalam masa sama, pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya (UM) itu berkata rakyat sedar apa yang berlaku kepada UMNO-BN ketika ini, terutamanya selepas dua kali parti itu berhadapan dengan detik sukar.
Dalam PRN enam negeri pada 12 Ogos lalu, BN hanya menang 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi mereka.
Susulan prestasi buruk itu, beberapa pihak termasuk bekas pemimpin UMNO dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mahu parti Melayu itu mengambil langkah untuk menyelamatkan parti termasuk wujud desakan agar Ahmad Zahid mengundurkan diri daripada jawatan Presiden.
Desakan untuk Ahmad Zahid melepaskan jawatan bergema sejak BN kalah teruk pada PRU15.
Begitupun, pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) awal tahun ini memutuskan Ahmad Zahid dan Mohamad kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO setelah perwakilan meluluskan usul kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu akan datang.
Hasimi Muhamad
Thu Aug 17 2023

Mohammad Tawfik (tengah) berpandangan Mohamad yang juga dikenali sebagai Tok Mat perlu menggantikan Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri. -Foto Sinar Harian

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.

Pasca-PRN: Anwar perlu pertimbang Tok Mat ganti Ahmad Zahid - Penganalisis
Beliau berpandangan Mohamad yang juga dikenali sebagai Tok Mat perlu menggantikan Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri.