KUALA LUMPUR: Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) menggesa 30 wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan.
Presiden PINTAR, Profesor Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, memilih untuk bersikap berkecuali sebenarnya bukan pilihan buat masa ini kerana rakyat dan negara memerlukan kerajaan dibentuk dengan segera.
Tegasnya, PINTAR juga menggesa semua Ahli Parlimen dari UMNO konsisten dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini yang menolak DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Melalui keputusan PRU15 yang ada, pilihan terbaik buat UMNO dan BN adalah untuk memberi sokongan kepada PN untuk bersama-sama membentuk kerajaan.
"Sanjungilah kesediaan parti-parti Sabah Sarawak melalui GPS dan GRS yang telah pun memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentuk kerajaan secara bersama.
"Oleh itu, sangat wajar bagi 26 orang ahli-ahli Dewan Rakyat UMNO bahkan 30 orang (sekiranya diambil jumlah seluruh Ahli Parlimen BN) untuk menyatakan sokongan padu kepada Muhyiddin," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tambah beliau, disebabkan tiada parti mendapat majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), adalah lebih munasabah parti memerintah sebelum pilihan raya duduk bersama, berbincang untuk membentuk kerajaan pasca PRU15.
"Melihat kepada perkembangan semasa mengenai pelantikan Perdana Menteri ini, ianya tidak wajar dilengahkan oleh mana-mana ahli Dewan Rakyat khususnya melalui parti-parti yang telah dipilih di dalam PRU15 yang lalu," ujarnya.
Tiga hari selepas PRU15, masih tiada parti mampu membentuk kerajaan apabila semua parti bertanding gagal untuk mendapatkan majoriti kerusi iaitu 112 daripada 222 kerusi.
Esok, seramai 30 Ahli Parlimen BN dititahkan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara individu pada jam 10.30 esok (Rabu).
Petang tadi, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Istana Negara masih belum membuat keputusan berhubung jawatan Perdana Menteri, sekali gus memanjangkan lagi episod pembentukan kerajaan pasca PRU15.
Ridauddin Daud
Tue Nov 22 2022

Presiden PINTAR, Profesor Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, memilih untuk bersikap berkecuali sebenarnya bukan pilihan buat masa ini kerana rakyat dan negara memerlukan kerajaan dibentuk dengan segera. - Gambar fail

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Pelajar pintar 15 tahun jalankan kajian peringkat doktor falsafah di Jerman
Seorang kanak-kanak pintar dari Terengganu telah pun menjalankan kajian di peringkat doktor falsafah (PhD), di sebuah universiti di Jerman.

Albert Einstein itu genius, tetapi ...
Albert Einstein juga diketahui ramai oleh kenalan yang biasa dengannyasebagai individu yang tidak pernah memakai stokin.