ALOR SETAR: Penafian demi penafian yang dibuat pemimpin tertinggi Pas berhubung isu dokumen tular yang dikenali sebagai PasLeak, mewajarkan parti itu dilabel sebagai 'ahlul-nafi' atau kumpulan yang suka menafikan sesuatu yang benar.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyatakan, atas sebab itu juga Pas kini dianggap sebuah parti yang tidak boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia.
Tegasnya, penafian yang dibuat bekas partinya itu juga adalah bukan satu perkara baharu sebaliknya telah 'diamalkan' beberapa kali sebelum ini, termasuk ketika beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Pas Pusat.
Ketika itu, beliau diarahkan untuk membuat kenyataan bagi menafikan 'Gerakan UG' antara pemimpin Pas dan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mana akhirnya dirinya terpaksa membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia setelah pembongkaran dibuat sendiri Tun Abdullah berhubung pertemuan dengan beberapa pimpinan Pas secara tertutup.
Mahfuz juga memberikan satu lagi contoh membabitkan klip audio tular melibatkan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dinafikan pimpinan Pas, dan akhirnya diakui sendiri kebenarannya oleh anak kepada bekas Mursyidul Am Pas itu.
"Pas ini ada juga isu lain, pertama sekali Muafakat Nasional, dia berkira dengan UMNO dan akhirnya dia meninggalkan UMNO pergi kepada Perikatan Nasional.
"Hari ini dia sendiri kalau ikut dalam PasLeak sedia berunding dengan Pakatan Harapan khususnya PKR dan Amanah, sebelum Bersatu membuat pendirian bersendirian, maknanya dia sendiri sudah meragui tentang pendirian Bersatu terhadap dia,
"Bagi saya Pas adalah sebuah parti yang tidak boleh dipercayai oleh masyarakat Malaysia, sebab penafian yang dibuat ini bukan satu benda yang baharu, dia boleh dilabel sebagai ahli nafi, atau pun 'ahlul-nafi'," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Berbuka Puasa Ahli Parlimen Pokok Sena bersama Kelab Media Elit Kedah di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar pada Isnin.
Mahfuz juga turut mencabar kepimpinan Pas untuk membuat laporan polis sekiranya isu ini tidak benar seperti yang dilakukan dalam beberapa isu lain sebelum ini.
"Saya tidak nampak ada satu kesungguhan, dia menafikan itu sekadar nak melepas batuk di tangga, kalau betul-betul ada orang buat (fitnah), dia boleh buat laporan polis, boleh kerah Pemuda (Pas) untuk buat laporan polis di seluruh negara.
"Sebelum ini pelbagai isu dia boleh buat laporan polis di seluruh negara, tetapi sekarang tidak nampak kesungguhan, takkan kerana letih puasa tidak buat laporan polis," katanya.
Dalam perkembangan sama, Pas juga diminta untuk menyatakan pendirian sebenar mereka berhubung persetetujuan sekiranya hukuman mahkamah dilewatkan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak sekiranya masih berkeras menafikan apa yang dipaparkan didalam PasLeak.
Sebelum ini tular beberapa dokumen di media sosial, yang mendakwa terdapat perancangan rapi untuk mempercepatkan hukuman mahkamah terhadap beberapa pemimpin kanan UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Antara nama yang disebut sebagai ‘perancang utama’ dalam dokumen itu ialah Naib Presiden Pas, Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang turut didakwa mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti politik lain.
Abd Hadi Che Awang
Tue Apr 26 2022
Tegas Mahfuz, penafian yang dibuat bekas partinya itu juga adalah bukan satu perkara baharu. - Astro AWANI
[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali
Kanser serviks bermula apabila pangkal rahim dijangkiti secara berterusan oleh virus human papilloma atau HPV.
UNI-MLC sambut baik peningkatan peruntukan PHEKS 2025
Langkah ini merupakan usaha penting oleh Kementerian Sumber Manusia dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia melalui pelbagai inisiatif.
630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB
Trak-trak tersebut memasuki Gaza pada hari pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas.
Pendatang Israel bakar rumah, kenderaan Palestin dalam serangan Tebing Barat
Pendatang haram Israel melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki.
Ekonomi Era Trump: Siapa untung, siapa rugi?
Bersama Prof. Dr. Muhammad Fuad Othman
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden
Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden sebelum ini.
Buletin AWANI Khas: Kembalinya Trump ke White House
Saksikan perbincangan eksklusif bersama Lee Heng Guie, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi, Tharma Pillai, Pengasas Bersama Undi18 dan penganalisis politik, serta Charissa Lee, Presiden Persatuan Alumni Universiti Amerika di Malaysia.
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Trump 2.0: Apa yang baharu, apa yang kekal?
Penganalisis Keselamatan & Hubungan Antarabangsa, Universiti Malaya, Collins Chong Yew Keat mengulas berkenaan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dari sudut geopolitik serta hubungan bilateral dan multilateral global.
Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz
Duta Besar Malaysia ke AS jawab tohmahan segelintir pihak mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke upacara angkat sumpah Donald Trump.
#AWANIRingkas 21 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 21 Januari 2025
1️⃣ Langkah konkrit untuk tangani isu alam sekitar global
2️⃣ Remaja perempuan 16 tahun hilang di Karak
3️⃣ Penggal kedua penuh kontroversi
#awaniringkas
1️⃣ Langkah konkrit untuk tangani isu alam sekitar global
2️⃣ Remaja perempuan 16 tahun hilang di Karak
3️⃣ Penggal kedua penuh kontroversi
#awaniringkas
PasLeak: Imej Pas tidak terjejas - Abdul Hadi
PAS yakin isu penyebaran dokumen 'PasLeaks' tidak akan menjejaskan imej parti tersebut, kata Presiden parti Tan Sri Abdul Hadi Awang.
PasLeak: Sanusi enggan mohon maaf, Isham Jalil akan buat laporan polis
Laporan dibuat supaya polis boleh memulakan siasatan ke atas Muhammad Sanusi di bawah Seksyen 499 Akta 574 Kanun Keseksaan.
PasLeak: Dokumen yang ditulis orang bodoh ... - Sanusi
Dokumen tular mengenai perbincangan dalam membabitkan pemimpin Pas atau lebih dikenali sebagai PasLeak, hanyalah satu penulisan yang dilakukan oleh orang yang bodoh.
PasLeak: Saya belum dipanggil, bersedia beri keterangan - Ahmad Samsuri
Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar bersedia memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung dokumen 'PasLeak' yang tular.
PasLeak: Kertas siasatan dibuka, individu terlibat akan dipanggil - Ketua Polis KL
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dokumen PasLeak yang tular mengandungi dakwaan percaturan politik, termasuk mencampuri urusan mahkamah.
PasLeak: Politik Malaysia perlukan pemain, pendekatan dan pemikiran baharu - Shaiful Hazizy
Arena politik negara akan jadi "pi mai pi mai, tang tu" sahaja sekiranya tiada usaha untuk mewujudkan gelombang baharu.
Kandungan 'PasLeak' bukan luar biasa, tidak perlu diperbesarkan - Annuar Musa
Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata ia hanyalah catitan pemimpin Pas dalam mencari fakta mengenai pandangan beberapa pemimpin parti lain.
PasLeak: "Hanya loyar buruk layan surat layang fitnah parti" - Abdul Hadi Awang
"Saya rasa hanya yang loyar buruk sahaja yang berminat melayan surat layang ini dari segi undang-undang pun tak lekat surat layang ini."
PasLeak: "Cubaan pecah belahkan perpaduan parti politik Melayu" - Idris Ahmad
Seorang lagi Naib Presiden Pas tampil menafikan parti berkenaan ada usaha untuk campuri urusan kehakiman demi percaturan politik.