KUALA LUMPUR: UMNO perlu mendahului parti politik di negara ini dalam usaha memastikan lebih banyak penyertaan wanita dalam pilihan raya, tegas Ketua Wanitanya Datuk Seri Noraini Ahmad.
Ahli Parlimen Parit Sulong itu berkata, UMNO harus memulakan inisiatif penggubalan undang-undang melaksanakan satu polisi yang mewajibkan kuota 30 peratus penyertaan wanita dalam pilihan raya.
“Penyertaan wanita dalam kepimpinan politik masih jauh ke belakang. Seperti mana yang dimaklumkan oleh pembahas tadi, penglibatan wanita dalam politik ketika ini hanya 10.8 peratus sahaja berbanding lelaki.
“UMNO sebagai parti yang sudah matang harus menjuarai agenda pemerkasaan ini. Calon-calon wanita perlu diletakkan di tempat yang boleh menang. Jangan letak semua di kawasan yang sukar. Pelaksanaannya perlu jujur, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga,” katanya lagi.
Noraini berkata demikian ketika menggulung perbahasan Sayap Pergerakan Wanita sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) di ibu negara, hari ini.
Mengulas lanjut, Noraini berkata, tahun ini merupakan tahun penting sebelum melangkah, menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Hala tuju dan kejayaan UMNO, katanya lagi, bergantung dengan kebijaksanaan kepimpinan dan gerak kerja Wanita UMNO, kerana dinamika politik negara ketika ini memberi cabaran besar kepada parti untuk membuat satu ketetapan.
“PRU15 ini adalah satu pertempuran yang sangat penting. Pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangunnya parti kita selepas ini.
“Wanita sebagai tulang belakang parti mempunyai peranan yang cukup besar dalam membantu kejayaan parti. Kita perlu memantapkan jentera kita. Gerak kerja Jalinan Rakyat dan Skuad Sayang perlu diperkemaskan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Noraini berkata, UMNO telah berjaya membawa pembelaan untuk rakyat di negara ini, kerana perjuangan mereka yang menyatu-padukan rakyat.
“Walaupun kita kalah dalam PRU14 lalu, rakyat masih rujuk kepada kita, rakyat masih mencari kita. Kerana apa? Kerana kita mempunyai sejarah panjang dalam memberi khidmat kepada rakyat. Rakyat merindui dengan corak pentadbiran kita. Rasa ini perlu kita kekalkan dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya lagi.
Atas sebab itu, Noraini berkata, Wanita UMNO perlu memulakan gerak kerja dan memantapkan jentera pilihan raya bagi kembali memenangi hati rakyat.
Firdaus Azil
Sat Mar 27 2021

Ujar Noraini, UMNO harus memulakan inisiatif penggubalan undang-undang melaksanakan satu polisi kuota 30 peratus penyertaan wanita dalam pilihan raya. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

KPWKM akan siasat aduan pihak ambil kesempatan terhadap kanak-kanak - Noraini
Tindakan sewajarnya akan diambil mengikut undang-undang yang diperuntuk di bawah KPWKM sekiranya pihak terbabit didapati bersalah.

Ibu bapa kanak-kanak istimewa diminta tampil, jangan malu bertemu JKM jika bermasalah
Ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa, terutamanya autisme, diminta tidak bersendirian sekiranya mempunyai masalah.

Nahas helikopter Lumut: Khidmat kaunseling diteruskan bergantung keperluan - Noraini
Hasil pemerhatian mendapati waris mangsa masih bersedih, namun kuat semangat untuk menerima kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.

Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.

Sokong usaha Malaysia jadi peneraju pengukuhan sistem timbang tara - Wanita UMNO
Noraini menyeru semua pihak agar beri sokongan kepada usaha mendesak proses perundangan timbang tara diperkemas dan diperbaiki.

Wanita UMNO nafi minta Noraini berundur
Ujar Rosni, kebanyakan negeri menyatakan sokongan mereka tanpa paksaan kepada Ahli Parlimen Sulong itu untuk terus menerajui Wanita UMNO.

KPT alu-alukan cadangan tubuh universiti wanita
Ketika ini bilangan mahasiswi di IPTA adalah lebih 350,000 iaitu 61 peratus daripada jumlah kemasukan pelajar.

Menu Keluarga Malaysia di IPT perlu ambil kira kepelbagaian komposisi kaum
Satu pelan tindakan yang holistik, sinergi dan mampan akan dibangunkan sebagai panduan kepada IPT dalam usaha memperkasa kebajikan siswa.

Malaysia terus jadi destinasi pilihan pelajar antarabangsa - Noraini
Malaysia masih menjadi destinasi pilihan untuk pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian mereka, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.

Banjir: Peminjam PTPTN terjejas dapat penangguhan bayaran 3 bulan
Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan kepada peminjam yang terkesan akibat banjir yang melanda negara.