BETONG: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan menubuhkan jawatankuasa bagi mengusulkan permohonan menambah bilangan kawasan Parlimen di Sarawak.
Presidennya Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata permohonan berkenaan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan ia akan diusulkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab memuktamadkan perkara itu.
"Kita akan mengkaji dan bukan sahaja (Parlimen baharu di) Betong tetapi di seluruh negeri ini... kita mengambil kira pandangan (kepimpinan PBB) kawasan Betong untuk mewujudkan tiga kawasan Parlimen baharu," katanya dalam sidang media selepas Konvensyen Khas PBB Zon Betong di sini hari ini.
Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata permohonan berkenaan juga sejajar dengan laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang secara jelas menyatakan kepentingan suara Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat.
Terdahulu, Naib Presiden PBB Datuk Julaihi Narawi menyerahkan sembilan usul ahli parti itu dari zon Betong yang antaranya menyentuh agar bilangan kawasan Parlimen di Sarawak ditambah bagi mengimbangi serta membolehkan Sarawak dan Sabah mempunyai satu pertiga daripada keseluruhan kerusi Dewan Rakyat.
Usul berkenaan turut mencadangkan supaya negeri itu mempertimbangkan sekurang-kurangnya 12 kawasan Parlimen baharu.
Pada masa ini, daripada keseluruhan 222 kerusi Dewan Rakyat di seluruh negara, sebanyak 166 kerusi atau 75 peratus di Semenanjung, manakala baki 25 peratus atau 56 kerusi di negeri Borneo, dengan masing-masing 25 kerusi di Sabah dan 31 di Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023

Abang Johari berkata permohonan berkenaan selaras dengan MA63 dan ia akan diusulkan kepada SPR yang bertanggungjawab memuktamadkan perkara itu. - Gambar fail/Bernama

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Program Jualan Rahmah tidak hanya tertumpu di kawasan Parlimen kerajaan sahaja - Armizan
Armizan berkata program berkenaan dilaksanakan meliputi seluruh kawasan parlimen dan tidak hanya dikhususnya kepada pihak-pihak tertentu sahaja.

PBB tubuh jawatankuasa bagi mohon penambahan kawasan Parlimen Sarawak - Abang Jo
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan menubuhkan jawatankuasa bagi mengusulkan permohonan menambah bilangan kawasan Parlimen di Sarawak.

Peluang calon BN menang kerusi pada PRU15 adalah sama - VIgneswaran
Peluang setiap calon daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk menang mana-mana kawasan Parlimen adalah sama berdasarkan peratusan sokongan pengundi setempat dan bukannya peratusan kaum.

Kematangan politik: Fiil ahli politik cerminan minda pengundi
Sedikit sebanyak, sikap tidak menyenangkan sesetengah Ahli Parlimen berakar daripada tahap minda pengundi itu sendiri.

PM Muhyiddin pulang kawasan, agih Bakul Prihatin Negara
Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan sumbangan Bakul Prihatin Negara kepada penduduk di sekitar Lenga, di Pagoh.

Cara biasa berpolitik sudah tak boleh pakai - Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar berpendapat, perlu seimbang antara politik dasar dan politik khidmat, supaya wakil rakyat tidak selesa di kerusi mereka tanpa melaksanakan tanggungjawab sebaiknya.

Terengganu negeri pertama agih kit pengurusan jenazah
Sebanyak 2,000 kit melibatkan peruntukan hampir RM600,000 diagihkan kepada 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kawasan Parlimen di Terengganu.