KUALA LUMPUR: Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan memperjuangkan enam teras agenda utama iaitu keterlibatan pelbagai kaum, pemberdayaan wanita, pemerkasaan anak muda serta pembangunan ekonomi.
Dua lagi teras ialah peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Ketua Penerangan PBM Zakaria Abdul Hamid berkata parti itu bukan bergerak berlandaskan retorik, sebaliknya mempunyai aspirasi meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan status sosial mereka.
Beliau juga memaklumkan sebagai sebuah parti menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada, PBM turut bersetuju dan yakin dengan iltizam #KeluargaMalaysia yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"PBM adalah medium penyatuan bagi memastikan tiada golongan yang tercicir, sama ada dari sudut pembangunan ekonomi, mahupun perkembangan sosial," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, Ahli Parlimen Julau Larry Sng dipilih sebagai Presiden PBM pada mesyuarat khas persidangan agung parti itu bagi penggal 2021-2024 yang berlangsung di Sibu, Sarawak.
Pada sidang media semalam, Sng yang pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden PBM berkata PBM bukan parti baharu tetapi ia parti politik tempatan yang diubah nama daripada Parti Pekerja Sarawak (SWP), kepada parti peringkat nasional.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 09 2022

Ketua Penerangan PBM Zakaria Abdul Hamid berkata parti itu bukan bergerak berlandaskan retorik, sebaliknya mempunyai aspirasi meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan status sosial mereka. - Gambar fail/BERNAMA
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.

PBM sahkan akan bertanding pada PRN Sabah
Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang.

Presiden PBM, Larry ucap terima kasih pada Zuraida
Larry Sng Wei Shien mengucapkan terima kasih kepada Datuk Zuraida Kamaruddin di atas sumbangannya terhadap parti itu, termasuk membantu mempromosikannya.

Iktiraf Presiden PBM: Zuraida gagal dapat kebenaran mahkamah
Zuraida Kamaruddin gagal mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi supaya RoS mengiktirafnya sebagai Presiden PBM.

Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng mendedahkan bekas timbalannya Datuk Zuraida Kamaruddin ada menandatangani dokumen mengiktiraf sebagai presiden parti itu.

PBM Negeri Sembilan umum bubar semua jawatan negeri, bahagian
PBM Negeri Sembilan mengumumkan pembubaran dan perletakan jawatan semua Ahli Jawatankuasa negeri, Bahagian, Sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu.

PBM pecat Zuraida, 10 pemimpin lain
Parti Bangsa Malaysia (PBM) memecat 11 pemimpinnya termasuk Datuk Zuraida Kamaruddin yang dicanangkan sebagai bakal presiden parti itu.

Larry Sng kecewa tiada wakil PBM dalam Kerajaan Perpaduan
Parti Bangsa Malaysia (PBM) kecewa apabila tiada wakil parti itu dilantik sebagai menteri mahupun timbalan menteri dalam senarai Kerajaan Perpaduan.

PRU15: Zuraida giat kempen walaupun yakin mampu pertahan Ampang
Datuk Zuraida Kamaruddin tetap memperhebat aktiviti kempennya kerana kali ini beliau tampil dengan logo baharu sebagai calon Parti Bangsa Malaysia (PBM).

PRU15: PBM tanding tujuh Parlimen, dua DUN
Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini mengumumkan senarai penuh bakal calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Isu PBM dianggap selesai, Larry Sng akan tandatangani watikah calon
Isu pentadbiran Parti Bangsa Malaysia (PBM) telah diselesaikan dalam kunjungan Datuk Zuraida Kamaruddin dan Datuk Larry Sng ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan, RoS, Putrajaya pada pagi tadi.