KUALA LUMPUR: Parti Bangsa Malaysia (PBM) perlu membuktikan kredibiliti mereka sebagai parti baharu yang memperjuangkan konsep berbilang bangsa.
Menurut Pensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Mujibu Abd Muis, ini adalah masa yang tepat bagi parti itu meyakinkan rakyat dengan penubuhannya yang tidak hanya semata-mata demi kepentingan peribadi untuk mempertahankan kelangsungan politik.
"Saya berpandangan, sebagai sebuah parti politik baharu antara cabaran terbesar dalam hala tuju yang perlu diharungi oleh Presiden PBM Larry Sng adalah bagaimana mahu meletakkan parti ini sebagai parti yang berbilang bangsa agar keluar daripada konsep ketika mereka berada di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Selain itu, sudah tentu untuk mengikis persepsi bahawa mereka ini datang daripada fraksi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Zuraida Kamaruddin ketika bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta kemudiannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilihat tidak mampu membina momentum dalam parti tersebut," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Di samping itu, Mujibu berkata sebagai sebuah parti politik baharu, PBM memerlukan pemimpin yang mempunyai pengalaman.
Malah, ketika ini beberapa nama pemimpin termasuk Azmin dan Zuraida turut hangat dikaitkan dengan parti itu.
"Selain itu, jika kedua-dua ahli politik ini menyertai PBM, barangkali (tindakan itu) akan mempertaruhkan kerjaya politik mereka. Ini kerana, jika mereka terus menyertai Parti (Bersatu), keberangkalian peluang untuk menang itu ada untuk mereka atas faktor jentera dan sebagainya.
"Namun jika mereka beralih ke parti baharu seperti PBM ini, mereka akan sukar membina momentum walaupun mampu menjadi pemimpin-pemimpin utama. Selain itu, kemungkinan besar mereka akan menghadapi masalah dalam konteks pilihan raya," katanya lagi.
Pada masa sama, Mujibu turut menegaskan, ketiadaan tokoh politik dalam PBM sedikit sebanyak memberi kekangan kepada parti itu dalam mendapatkan keyakinan rakyat dalam pilihan raya akan datang.
Katanya, ini kerana jelas parti-parti yang mempunyai tokoh besar sangat penting walaupun secara asas tidak menjadi satu faktor yang menjadi pertimbangan namun ia masih lagi menjadi sedikit kredit kepada parti baharu sebegini bagi memberikannya impak dan kredibiliti dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Eton Khir
Sun Jan 09 2022

Mujibu berkata, ini adalah masa yang tepat bagi parti itu meyakinkan rakyat dengan penubuhannya yang tidak hanya semata-mata demi kepentingan peribadi untuk mempertahankan kelangsungan politik. - Gambar fail

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.