KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dijangka akan menandatangani memorandum kerjasama yang antara lain bagi memperkukuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sabah Ke-17 sebelum Tahun Baru Cina tahun depan.
Setiausaha Agung PBS Datuk Julita Majunki dan Setiausaha Agung STAR Edward Linggu, dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini memaklumkan bagi tujuan itu, jawatankuasa khas yang dipertanggungjawab merangka skop kerjasama itu telah mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini.
"Perbincangan mesyuarat itu juga tertumpu kepada merumuskan butiran kerjasama, bagaimana kedua-dua parti boleh menyumbang kepada matlamat untuk perkukuhkan GRS.
"Meskipun tempoh kerajaan negeri sekarang berakhir Oktober 2025, namun jalinan persefahaman antara dua parti itu perlu diperkukuh, kerana terdapat tanda-tanda Pilihan Raya Negeri Ke-17 diawalkan ke tahun 2024," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dilaporkan tidak menolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan, walaupun tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri sekarang pada Oktober 2025.
Parti komponen GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), PBS, STAR, Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023

Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dijangka akan menandatangani memorandum kerjasama yang antara lain bagi memperkukuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

UPSR, PT3 tidak lagi relevan, KPM terus perkasa PBS - Fadhlina
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak lagi relevan untuk dilaksanakan dalam pentaksiran pendidikan murid sekolah, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

PBS, STAR tetap komited beri sokongan kepada GRS - Joniston
Dakwaan kononnya dua parti komponen GRS itu ingin bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada PRN Sabah akan datang adalah tidak berasas.

GRS perlu terbuka kerjasama dengan parti punya sokongan rakyat - Armizan
Gabungan Rakyat Sabah perlu terbuka bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai sokongan signifikan rakyat negeri ini terutama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri akan datang.

JBPM peruntuk lebih RM2 juta perkasa pasukan bomba sukarela
Terdapat 367 PBS di seluruh negara dengan lebih 8,000 keanggotaan, setakat Disember lepas.

STAR, PBS tidak mahu terburu-buru bergabung, ingin pastikan kerjasama teratur
Kedua-dua parti ketika ini melihat kepada usaha untuk mengadakan program secara bersama yang mampu membantu rakyat Sabah.

PBS, STAR dijangka tandatangani memorandum kerjasama sebelum Tahun Baru Cina
Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dijangka akan menandatangani memorandum kerjasama yang antara lain bagi memperkukuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

PBS, STAR sepakat bincang kerjasama dan persefahaman antara parti
PBS dan STAR mencapai kata sepakat untuk memulakan perbincangan rasmi mengenai usaha mewujudkan persefahaman serta kerjasama antara kedua-dua parti.

PBS tubuh jawatankuasa bincang gabungan parti - Joachim
Jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Agung parti Datuk Julita Majungki.

Langkah gabung PBS, STAR wajar dipertimbang - Joniston
Sebarang idea atau langkah yang mampu mempromosi perpaduan dan memperkukuh GRS wajar disokong.