KUALA LUMPUR: Keputusan UMNO memecat dan menggantung keahlian beberapa ahlinya dibuat secara kolektif serta musyawarah demi kepentingan parti semata-mata dan tidak melibatkan kepentingan mana-mana individu, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata tindakan itu diputuskan secara bersama demi kemaslahatan UMNO kerana sebarang anasir termasuklah anasir dalaman yang berusaha memburuk-burukkan institusi kepimpinan parti, memecah-belahkan atau mengganggu-gugat parti, perlu ditangani sebaik mungkin dengan respons sewajarnya.
Beliau berkata menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kemuafakatan, kebersamaan serta perpaduan UMNO bergerak sehati sejiwa perlu diperkasakan.
"Jika institusi ini dilemahkan dengan anasir dalaman yang merekayasa dakyah dan tohmahan, tentunya akan merosakkan keharmonian. Seperti saya katakan, kini bukan masa untuk menoleh.
"UMNO mengambil tindakan dan keputusan bersama demi kepentingan parti ini. Apa yang telah berlaku suatu penegasan oleh parti bahawa UMNO tidak pernah tentang individu... UMNO adalah mengenai rakyat dan negara.
"UMNO adalah sebuah perjuangan agama, bangsa dan tanah air. Kesilapan lalu tidak boleh berulang. Gunting dalam lipatan perlu dikekang," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Presiden UMNO itu berkata mana-mana parti politik lain juga melakukan tindakan yang sama bagi memastikan institusi kepimpinannya dihormati.
Pada mesyuarat MT UMNO Jumaat lepas, parti itu memutuskan untuk memecat Datuk Zaharin Mohd Yasin daripada menjadi ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.
Sementara itu, semalam media melaporkan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail mengesahkan beliau serta Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digantung keahlian parti selama enam tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu diputuskan secara bersama demi kemaslahatan UMNO kerana sebarang anasir termasuklah anasir dalaman. - Foto fail/Astro AWANI
Letupan kilang di Klang: Tiada unsur kecuaian, jenayah dikesan
Polis tidak mengesan unsur kecuaian atau jenayah membabitkan kes letupan sebuah kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula.
Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak sehingga Khamis - MetMalaysia
MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat adalah Sarawak yang dijangka menerima hujan berterusan sehingga Khamis.
Along Cham sahkan lafaz cerai taklik hari ini?
Pelawak Along Cham dilaporkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.
ASEAN terima 123 juta pelancong asing tahun lalu
Negara-negara ASEAN menerima lebih 123 juta pelancong asing pada tahun lalu yang menyaksikan peningkatan sebanyak 30.6 peratus berbanding tahun 2023.
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Polis kesan dua pemandu enggan beri laluan kepada ambulans
Polis Daerah Kulai mengesan kejadian itu melalui satu video tular berdurasi 1 minit 26 saat, melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
AWANI Ringkas: Peluang baharu di Mekah dan Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
363 anggota polis bertugas setiap hari sempena Tahun Baharu Cina
Menerusi Op Selamat 23, polis memberi tumpuan kepada rondaan untuk mencegah kemalangan dan kawalan lalu lintas di pusat bandar.
PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.
Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.
Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.
Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.
Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.
Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.
Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.
UMNO akur titah Agong, batal Himpunan Solidariti Najib
UMNO tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana Titah Yang di-Pertuan Agong.