KUALA LUMPUR:Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) termasuk pertubuhan itu sendiri.
Menurut, Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah, tindakan itu diambil menerusi peguam mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.
"Melalui semakan kehakiman itu juga, Pejuang memohon satu perintah deklarasi bahawa kegagalan Ketua Pengarah dan JPPM untuk menjawab sebarang permohonan mahupun komunikasi secara bertulis adalah tidak munasabah dan mempunyai niat mala fide untuk sengaja melengah-lengahkan proses permohonan pendaftaran Pejuang.
"Pejuang sentiasa mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang dan justeru itu membawa isu kelengahan pendaftarannya ke mahkamah bertujuan mendapat penghakiman yang seadilnya," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Difahamkan, tindakan sedemikian adalah sebagai pencerahan berhubung status pendaftaran parti Pejuang sama ada diluluskan atau sebaliknya sebagai parti politik yang berdaftar melalui Akta Pertubuhan 1966.
Sebelum ini, Pejuang telah mengemukakan permohonan secara rasmi kepada JPPM yang bertarikh 19 Ogos bagi proses pendaftaran tersebut.
Terdahulu, Pejuang pada 19 Ogos lalu telah mengemukakan permohonan secara rasmi kepada JPPM untuk mendaftarkan parti itu.
Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan parti berkenaan akan membawa perkembangan kes tersebut kepada umum dari masa ke masa.
Hilmi Malik
Thu Dec 10 2020

Parti Pejuang Tanah Air memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

JPPM luluskan peruntukan GPPK kepada lebih 1,000 persatuan
Peruntukan GPPK berjumlah RM20 juta daripada Belanjawan 2023 bertujuan membantu persatuan penduduk melaksanakan pelbagai aktiviti.

RoS tolak pendaftaran parti Pejuang - Peguam
Keputusan dibuat ketika permohonan semakan kehakiman bagi pendaftaran Pejuang sebagai sebuah parti politik dijadual didengar hari ini.

Pendaftaran belum diluluskan, Muda heret JPPM ke mahkamah
Muda yang diasaskan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu melantik Tommy Thomas dan Ambiga Sreenevasan.

Pejuang fail permohonan semakan kehakiman terhadap JPPM
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) termasuk pertubuhan itu sendiri.

Kongres DAP ditangguh ke tahun depan - Anthony Loke
Parti DAP bakal mengadakan kongresnya pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak sebelum 30 Jun 2021 selepas kongres yang dijadualkan pada 20 Disember di Shah Alam dibatalkan.

Pendaftaran Pejuang: Apa lagi JPPM mahu? - Tun M
Jawatankuasa Penaja Parti sentiasa terbuka dan bersedia untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan bagi segera melengkapkan proses berkenaan.

COVID-19: Semua aktiviti, persidangan, perhimpunan, mesyuarat agung pertubuhan perlu ditunda hingga 30 Jun - ROS
Semua pertubuhan dilarang daripada mengadakan program,aktiviti, persidangan, perhimpunan dan mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun, selaras dengan arahan-arahan yang dikeluarkan.

RoS keluar notis kepada 3 pertubuhan disyaki hadir Majlis Peringatan Perjanjian Damai Hatyai
ROS menghantar notis kepada tiga pertubuhan untuk hadir ke jabatan itu untuk memberi keterangan berkaitan penglibatan pertubuhan itu yang disyaki menghadiri Majlis Peringatan Perjanjian Damai Hatyai.

DAP perlu adakan pemilihan semula CEC yang baharu - JPPM
Pemilihan semula ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP perlu diadakan agar pemilihan diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.