KLUANG: Peluang setiap calon daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk menang mana-mana kawasan Parlimen adalah sama berdasarkan peratusan sokongan pengundi setempat dan bukannya peratusan kaum.
Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran berkata peratusan kaum tidak boleh dipakai lagi kerana terlalu banyak isu dalam fahaman politik sama ada Melayu, Cina atau India.
Beliau berkata bagaimanapun, sekiranya MIC diberi amanat untuk bertanding atau memenangi satu-satu kerusi Parlimen, parti itu akan melakukan yang terbaik demi kepentingan BN.
"Kita hanya akan bertanding di tempat yang boleh menang sahaja, sebagai contoh untuk kerusi Parlimen Segamat, penilaian akan dilaksanakan sebelum keputusan diberikan... MIC tidak mahu membazir masa, wang, dan tenaga yang akhirnya menyebabkan BN tidak mendapat apa-apa kelebihan," katanya kepada pemberita selepas Konvensyen MIC Johor di Dewan Muafakat Simpang Renggam dekat sini.
Vigneswaran berkata bukan cara MIC mahupun BN untuk meletakkan calon jika sudah tahu akan kalah dan itu bukan cara BN untuk menghadapi sesuatu pilihan raya sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.
"Dalam BN, kita tidak menipu rakyat untuk mendapatkan undi dengan menjanjikan sesuatu yang tidak boleh dikotakan dan inilah perbezaan antara BN dengan parti-parti lain," katanya.
Pada PRU14, MIC bertanding sembilan kerusi Parlimen dan 18 DUN.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022

Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran berkata peratusan kaum tidak boleh dipakai lagi kerana terlalu banyak isu dalam fahaman politik sama ada Melayu, Cina atau India. - Gambar fail/BERNAMA

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

Peranan saya bukan sebahagian daripada strategi, fokus sokong parti - Tengku Zafrul
Bagaimanapun, jelas Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu, selaku ahli parti beliau akan tetap membantu calon-calon Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding pada 12 Ogos depan.

PRU15: GRS akan sokong calon BN di Sabah - Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi memaklumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyokong setiap calon yang bakal dikemukakan BN di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PRN Sabah: Benar, saya akui saya khilaf - Salleh Said Keruak
Datuk Seri Salleh Tun Said kembali menggegarkan politik Sabah apabila dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) untuk kerusi DUN Usukan.

Chini Memilih: Dulu seteru, kini semeja
Azmin hadir dalam program kempen Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Tasik Mentiga pada Jumaat.

Chini Memilih: PRK DUN Chini landasan kekuatan BN hadapi PRU - Najib
Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menjadi landasan kepada Barisan Nasional (BN) untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Chini Memilih: Saya harap Tun Mahathir turun berkempen, tetapi tidak - Najib
Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjangkakan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil

Chini Memilih: BN tidak ambil mudah calon lawan, perhebat kempen media sosial
Barisan Nasional (BN) akan terus memperhebatkan kempen media sosial secara meluas sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini bagi memastikan pengundi memilih calon parti

Calon PRK Chini tidak lepas peluang bertemu pengundi
Kempen normal baharu menjadi cabaran utama setiap calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23.

Senarai calon tular: Terpulang hendak percaya atau tidak - Ahmad Razif
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyerahkan kepada orang ramai sama ada untuk mempercayai senarai calon Barisan Nasional (BN) yang tular di media sosial baru-baru ini.

Jangan 'tekan' PM Najib berhubung calon PRU14 - Syed Ali
Pemimpin UMNO dan komponen BN diingatkan tidak memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pemilihan calon PRU14 akan datang.