Usaha pembangkang mengitar semula isu fitnah terhadap Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bukan perkara pelik malah akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, pembangkang menjadikan Datuk Seri Najib Razak sebagai sasaran utama dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan.
"Pembangkang sengaja menidakkan apa sahaja penjelasan yang dibuat oleh kerajaan dan Perdana Menteri berhubung pelbagai perkara yang difitnahkan.
"Sepatutnya mereka (pembangkang) terima penjelasan tersebut dengan hati terbuka, bukannya memutarbelitkannya kerana agenda politik sehingga tergamak bersekongkol dengan pihak luar," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan DoJ dapatkan kerjasama dalam saman sivil 1MDB
BACA: Laporan Sarawak Report hanya berunsur fitnah - Salleh
Katanya, beberapa isu seperti saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) berkaitan 1MDB akan diputarbelitkan pembangkang bagi mencemar dan seterusnya memusnahkan reputasi pentadbiran Perdana Menteri.
"Dalam keadaan terdesak, pembangkang menjadikan saman sivil terbaru DoJ sebagai senjata politik untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri walaupun kesahihannya belum terjawab.
"Isu DoJ pada hemat saya pernah dibangkitkan pada tahun lalu, tetapi sengaja dikitar semula dengan olahan baru kerana pembangkang berpendapat PRU semakin hampir," ujarnya.
Syed Ali turut khuatir, perbuatan bersekongkol dengan pihak luar terutama yang berpengkalan di Barat akan mendatangkan musibah politik kepada Malaysia pada masa akan datang.
Memandang serius isu tersebut, beliau berharap rakyat terutama orang Melayu yang menyokong perjuangan UMNO tidak terjebak dengan fitnah yang dikitar semula itu.
"Pada saya, isu fitnah dan memanipulasikan beberapa perkara yang berupa dakwaan akan dikitar semula oleh pembangkang, malah akan bertambah agresif menjelang PRU akan datang.
"UMNO tidak terkesan dengan fitnah kitar semula itu kerana tetap berkeyakinan bahawa rakyat tidak begitu mudah menelan apa sahaja disogokkan pembangkang," katanya.
Beliau juga melahirkan kekesalan kerana nama Datin Seri Rosmah Mansor, kembali diheret dalam kancah fitnah pembangkang.
Katanya lagi, mengaitkan nama isteri Perdana Menteri dengan beberapa isu yang tidak dibuktikan pembabitannya merupakan perbuatan fitnah melampau dan tidak boleh dimaafkan.
"Pembangkang hanya mengaitkan nama Rosmah dengan pelbagai persepsi jahat yang antara lain sebagai senjata untuk mencetuskan sentimen kebencian rakyat terhadap pemimpin kerajaan.
"Pada pemerhatian saya sejak beberapa isu ditular pembangkang, rakyat tidak mudah terpedaya dengan sogokkan fitnah tersebut, malah mereka tetap memberikan sokongan kepada kerajaan dan UMNO," tegasnya.
Dalam perkembangan lain, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengingatkan ahli parti supaya tidak mudah terperangkap dengan mainan fitnah yang ditular pembangkang menerusi laman-laman sosial.
"Pembangkang semakin giat menggunakan laman-laman sosial untuk mengaktifkan bahan-bahan fitnah untuk disogokkan kepada generasi muda khususnya.
"Pelbagai cerita tidak benar, persepsi jahat dan fitnah dikitar semula untuk merancakkan kempen mereka menjelang PRU ke-14 akan datang," katanya.
Astro Awani
Sun Jun 18 2017
Syed Ali berkata, dalam keadaan terdesak, pembangkang menjadikan saman sivil terbaru DoJ sebagai senjata politik untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri walaupun kesahihannya belum terjawab. - Gambar fail
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd belum dituntut ibu bapa mereka.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Najib mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya meninjau projek berpotensi menjana kekayaan.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Januari 2025.
Najib nafi belanja jutaan ringgit untuk tingkatkan imej peribadi
Najib menegaskan bahawa wang disalurkan daripada Tanore Finance Corporation ke dalam akaun peribadinya merupakan wang derma daripada Raja Arab Saudi.
Arul Kanda tidak tahu dana 1MDB beli barang kemas Rosmah
Arul Kanda memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai wang dana syarikat itu digunakan untuk membeli barang kemas Rosmah bernilai AS$1.3 juta.
Surat derma Arab Saudi langsung tidak sebut nama Raja Abdullah, mahkamah diberitahu
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa surat yang didakwa diterima Najib berhubung pemberian derma daripada Almarhum Raja Abdullah langsung tidak menyebut nama raja itu.